MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Thursday, 31 May 2012

Dividen Public Ittikal 5.25 sen

Siang tadi Public Mutual telah mengisytiharkan dividen untuk 7 dananya seperti yang berikut..

So, nampaknya betullah dividen public ittikal tahun ini adalah lagi rendah dari yang tahun lepas, seperti yang diramal.. Iaitu sekadar 5.25 sen seunit.. 

Apakah sebab2 prestasi public Ittikal bagi 2 tahun kebelakangan ini agak merosot? Anda tahu? Kongsikan pengetahuan anda dengan saya di ruangan komen ye...

p/s: Sedang berkira2 ingin mengeluarkan investment saya dari dana ini... Ingin beli saham di share market la pulak.. Dengan serba sedikit ilmu yang ada, rasanya boleh saja saya dptkan return yg lg tinggi dari return investment saya dalam public ittikal ni dengan melabur dalam saham... Walaupun risikonya agak tinggi, tp itulah jiwa anak muda.. huhu... risk taker... Sebab nak beralih angin ke dalam pasaran saham ialah kerana selepas 2 tahun setengah bersama public ittikal, return yg saya dpt agak kurang memuaskan... Mungkin kne tunggu lama lagi kot...  but i think i can't wait any longer... huhu... (jgn jd tamak, pliz...)

Wednesday, 30 May 2012

Berapa pula dividen public ittikal 2012?

Esok 31 Mei, biasanya public mutual akan mengisytiharkan dividen untuk beberapa dananya termasuklah Public Ittikal. Seperti tahun2 sebelumnya, diharapkan dividen bagi dana Public Ittikal bagi tahun ini masih lagi tinggi.

Pun begitu, saya dapat merasakan dividen bagi tahunan akan sedikit rendah berbanding tahun lepas, mungkin 6 sen seunit berbanding 8 sen pada 2 tahun sebelum ini. Walaupun terkenal sebagai dana yang memberikan pulangan dividen yang tinggi, prestasi bagi dana ini 2 tahun kebelakangan ini agak suram. Tengok sahajalah NAV dana ini, masih lagi berlegar pada RM0.82-RM0.85 seunit bagi tempoh yang cukup panjang.

Apa2 pun, kita tunggu sahajalah pengumumannya esok.

p/s: Nak tengok prestasi semasa public Ittikal, tekan sini. Terkejut juga sbnanya ni, rsenya dalam 2 minggu lepas check NAV nya RM0.82 seunit, cepat pula dia naik kepada RM0.85 seunit pada 29 Mei...

Monday, 14 May 2012

Seminar saham Faizal Yusuf

Buat kepada sesiapa yang berminat untuk melabur saham, anda bolehlah menghadiri satu seminar anjuran Faizal Yusup, seorang remisier saham Kenanga Investment Bank... Kalau sesiapa yang selalu melawati blog beliau di www.faizalyusup.net, sudah pasti anda tahu kredibiliti yang dimiliki oleh penceramah ini. Beliau yang juga merupakan naib presiden PRIBUMI selalu sahaja berkongsi maklumat mengenai ilmu selok-belok saham di blognya, tidak kurang juga banyak berinteraksi dengan pembaca blognya yang selalu bersoal jawab tentang saham.

Anda tahu tak bahawasanya 80% pelabur adalah rugi dalam pelaburan masa panjang? Mereka berada lama dalam pasaran saham just to cover all big loses they have in the past.. This is true..

Bak kata cpteh, "not losing money in the long run could make you top 20% investors/traders in the market. Profitting 5-10% annually consistently would make you top 10% in the market. And if as retailers, we could profit 20% and above, we could be the top 5% traders/investors in the market".


Anda tahu apa kesilapan kebanyakan pelabur? Mereka ini melabur dengan risiko yang tinggi. Sebab itu kerugian mereka juga besar. Bagaimana ini boleh berlaku? Apa yang boleh saya simpulkan ialah pelabur berada dalam risiko yang paling tinggi apabila mereka melabur tanpa ilmu (tak tahu financial analysis, texhnical analysis, fundamental analysis dsb), mereka tak faham dan tak sedar pun apa yang mereka lakukan dengan setiap transaksi jual saham mereka dan mereka sentiasa mengikut keadaan pasaran. Yang paling lazim, mereka sentiasa akan tertarik dengan saham yang telah ada kenaikan harga yang mendadak, tapi apa yang cukup merugikan  ialah mereka lambat sedar akan kenaikan harga ini. Sebaik mereka beli saham ini, harga turun menjunam balik, dan akhirnya apabila mental mereka lemah dan takut untuk mengalami kerugian yang besar, mereka jual secara panik dan tiba-tiba. So, jualan yang mereka buat ini merupakan jualan saham dengan kerugian yang amat besar.

So, salah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian dalam pelaburan adalah anda hendaklah terlebih dahulu belajar mengenai selok belok saham ni, contohnya tahu behavior market dan pelabur serta tahu analisis2 saham dan sebagainya. Ada juga teori yang mengatakan risiko anda sangat minimum dengan melabur dalam syarikat yang menpunyai fundamental yang kuat, tapi undervalued. (Sebagai contoh, JCY International Berhad). Dan semuanya ini anda akan pelajari dengan menghadiri seminar anjuran FY ini. Untuk mendaftar, sila klik disini.



Anda harus ingat, mempelajari ilmu ini juga boleh dianggap sebagai pelaburan juga. Yuran yang dibayar sebanyak RM390 ini adalah akhirnya akan mengelakkan anda mengalami kerugian beribu-ribu ringgit. InsyaAllah, jika kena gaya dan caranya.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke laman web seminarsaham.com.

Sunday, 6 May 2012

Maybank saya hampir diceroboh!!!

Td, dapat emel dr maybank.. Dia suruh tekan link kat situ utk ke website maybank...
Rse was2 gila, pastu trus log-in ikut google... Tgk apa yg dia highlight..

Nampak sgt ni adalah salah satu phishing attack.. Mereka cuba dptkan username dan password, dgn cara menyuruh kita klik link tersebut...

Beware guys...

First time kne...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts