MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Wednesday, 8 February 2017

Unit trust VS ETF : Tips untuk shortlist unit trust yang bagus

Perbezaan utama unit trust fund dengan ETF ialah stail pelaburan.

Stail unit trust ialah pelaburan aktif. Pengurus dana cuba untuk memberikan pulangan pelaburan melebihi pulangan pasaran dengan membeli saham yang undervalued dan menjual saham yang overvalued.

Pulangan pasaran (market return) biasanya diukur mengikut benchmark yang ditetapkan. Biasanya, dana ekuiti konvensional menggunakan FBMKLCI sebagai benchmark manakala dana ekuiti islamic menggunakan FBM EMAS Syariah Indeks.

Stail ETF pula ialah pelaburan pasif ataupun indexing. Dengan indexing, bukanlah tugas pengurus dana untuk memberikan pulangan pelaburan melebihi pulangan pasaran, sebaliknya memberikan pulangan mengikut prestasi pasaran itu sendiri. Kalau pasaran saham jatuh, negatiflah pulangan yang diberikan kepada pelabur. Kalau pasaran saham naik, positiflah.

Ini dilakukan oleh pengurus dana dengan membeli saham yang termasuk dalam komponen indeks sahaja, sekaligus menjimatkan kos yang berkaitan (contoh:kos mengupah analyst mencari saham yang undervalued).

Selain itu, transaksi jual beli saham juga berkurangan kerana semakan komponen indeks dilakukan secara berkala sahaja, biasanya dua kali setahun. Selagi syarikat itu tidak digugurkan daripada komponen indeks dan ditukarkan dengan syarikat lain, maka tiada keperluan untuk pengurus dana melakukan transaksi dan ini juga menjimatkan kos brokeraj.

TIP PENTING MEMILIH UNIT TRUST: PILIH DANA YANG SENTIASA MEMBERIKAN PULANGAN MELEBIHI BENCHMARK

Dengan memilih untuk melabur dalam unit trust, anda sebenarnya inginkan pulangan yang melebihi market return. Oleh itu, jika anda ingin melabur dalam unit trust, pastikan dana itu sentiasa memberikan pulangan melebihi benchmark nya.

Ini dapat disemak melalui prospektus unit trust masing-masing (contoh seperti dalam gambar). Adalah lebih baik jika anda melabur dalam ETF dan mendapatkan market return berbanding melabur dalam unit trust yang memberikan pulangan di bawah market return.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts