Impian kami sama iaitu untuk mencapai financial freedom demi hidup yang bebas daripada memikirkan masalah duit. Bukanlah untuk hidup bermewah-mewah tetapi cukup sekadar hidup yang sedikit lebih baik dari kehidupan orang average dan tanpa runsing dihambat masalah duit kerana terperangkap dalam kehidupan rat race.
Cuma bezanya antara impian kami berdua ialah matlamat dia jauh lebih optimistik daripada saya. Mencapai RM1 juta sebelum berusia 30 tahun dan RM10 juta sebelum 40 tahun adalah matlamat dia. Sedangkan matlamat kewangan saya hanya sekadar enam angka dikala umur 35 tahun.
Antara yang menyebabkan saya kagum dengan dia ialah kesedaran dia untuk mempunyai satu matlamat yang jelas untuk mendapat matlamat kewangan tersebut di kala masih ramai orang Melayu termasuk diri ini tidak berani untuk meletakkan target yang begitu tinggi dalam kehidupan.
Terutama sekali untuk mencapai RM1 juta sebelum usia menginjak 30 tahun. Dia cukup yakin kita mampu mencapainya kerana ramai sahaja yang telah berjaya melakukannya. Kalau mereka mampu, mengapa kita tidak? Begitu persoalan yang dilontarkannya kepada saya.
Dalam perbualan yang sama, beliau ada menceritakan tentang beberapa aset pelaburan saham yang dia ada sekarang. Dua kaunter yang menjadi pilihannya ialah Inari dan Prestariang kerana menurutnya seorang kawannya yang bekerja sebagai Fund Manager pernah memberitahu yang kedua-dua kaunter ini mempunyai fundamental yang baik.
Sedangkan dia sendiri lebih selesa menggunakan analisis teknikal. Namun, dengan menggabungkan keduanya dia nyata berjaya mencatat keuntungan sekarang ini.
Teknikal analisis yang digunakannya juga tidaklah begitu rumit dan kompleks. Dia lebih selesa menggunakan moving average sahaja. Kemudian moving average tersebut (tidak pasti berapa hari moving average yang dipakainya) dijadikannya sebagai titik support dan dia akan beli pada harga tersebut.
Kemudian jika benar saham terebut dalam uptrend dan membuat breakout, dia akan tambah lagi pelaburan dalam saham tersebut, tetapi dalam amaun separuh sahaja daripada pelaburan asalnya dan begitulah seterusnya.
Dia juga ada nyatakan yang dia agak baik dalam menentukan entry point dan saya juga tidak menafikannya. Namun menurutnya dia juga harus belajar take profit dan exit point, suatu seni yang agak rumit tapi amat penting dalam pelaburan. Saya juga tidak berapa reti menentukan exit point.
Ramai juga yg suka guna analisis teknikal y dan tak ramai juga yg suka fundamental
ReplyDeletesebab fundamental perlukan lebih masa berbanding teknikal analisis, sebab tu ramai yang lebih cenderung kepada analisa teknikal
Delete