Kadang-kadang kita terlupa, dalam kesibukan kita mengejar nikmat dunia dan keinginan untuk memenuhi segala impian yang diimpikan, kita terlupa untuk mengingatkan diri kita supaya sentiasa mengutamakan keredhaan Allah dalam segala tindakan yang kita akan ambil dalam kehidupan kita.
Di sini ingin saya nasihati diri saya sendiri supaya buatlah apa sahaja yang kita mahukan, asalkan ianya mampu mendekatkan diri kita kepada tujuan yang paling utama kita diciptakan iaitu "Hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah".
Sentiasalah kita mengingatkan diri kita supaya jangan sekali-kali tergelincir daripada niat yang suci ini dalam apa jua yang kita akan lakukan.
Kadangkala dalam ibadat khusus yang kita lakukan pun, kita terlupa bahawa ibadat yang dilakukan itu sebenarnya salah satu usaha kita untuk mendapatkan redha Allah.
Mana mungkin kita boleh luntur semangat untuk beribadat kepada Allah, amalan ramadhan sudah makin dilupakan, andai diri sering kali mengingatkan supaya setiap ibadah yang dilakukan adalah semata untuk mendapat redha-MU ya Allah!
Masyaallah, agak cemburu melihat seorang housemate saya yang masih gagah dan bermotivasi meneruskan amalan ramadhannya terutama bacaan Quran menerusi hafazannya dan solat malamnya.
Ternyata, bukankah keredhaan Allah itu motivasi yang paling agung untuk kita meneruskan kehidupan kita?
Nasihat ini datangnya tatkala timbul keinginan yang pelbagai dalam diri saya ini pada waktu ini. Semua keinginan dan matlamat itu tentu sahaja datang kerana pada waktu ini diri ini sedang merancang perjalanan hidup dunia yang masih panjang walaupun sementara.
Kahwin dan kehidupan berkeluarga. Duit dan aset kekayaan. Karier dan kejayaan. Ilmu dan amalan. Semuanya itu adalah warna warni kehidupan yang mesti kita rancang dan letakkan matlamat yang jelas supaya dapat kita capainya nanti.
Namun apa gunanya semua itu kalau tujuan dan motif utamanya bukan untuk mendapat keredhaan Allah.
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Tuesday, 12 August 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
No comments:
Post a Comment