Baru sebentar tadi saya kongsikan tips tentang bagaimana untuk menukar nada dering apabila SMS masuk ke dalam Inbox smartphone Ninetology Stealth 1. Anda boleh klik disini untuk membacanya. Untuk tips bagaimana buat printscreen menggunakan smartphone ninetology Stealth 1, boleh klik di link yang disediakan. Jadi, sekarang ini saya ingin kongsikan pula kisah malang saya sepanjang menggunakan smartphone ini selama kurang lebih sudah 3 bulan.
Sepanjang 3 bulan ini, saya asyik hairan tentang bagaimana hendak transfer file (audio spt MP3 mahupun video) dari komputer saya terus ke smartphone Ninetology Stealth 1 saya ni. Usai saja saya connect kedua-duanya menggunakan USB cable yang disediakan, tertera di skrin smartphone perkataan "Charger Connected". Ayat dia lebih kurang macam itulah, tak ingat sangat. Printscreen pula tak sempat saya sediakan. Jadi, saya pun tak sangka yang USB Cable ni ada masalah sebab bila charge bateri ok saja.
Jadi, "tup tap" selepas 3 bulan, terdetik di hati untuk buka balik buku manual yang disediakan. Nah! "Dan-dan" memang ada sahaja tip untuk transfer file dari komputer ke smartphone ni. Disitu, memang sudah jelas bagaimana untuk transfer file, dan sepatutnya apabila sudah disambung antara kedua-dua komputer dan handphone, akan ada satu notification yang bertanyakan kita untuk memilih sama ada sambungan sebagai USB ke sebagai apa entah? (lupa, anda boleh rujuk manual!) Dari situlah baru saya sedar sebenarnya USB Cable ni tak berfungsi secara elok. Bila digunakan USB cable dari smartphone kawan, tiada apa-apa masalah pun.
Jadi, kemudian saya ke Ninetology Center di Lowyat untuk menukar USB cable yang baru. Malangnya, waranty untuk USB cable hanyalah 3 bulan sahaja, waranty untuk smartphone sendiri yang 1 tahun tu. Saya ingat waranty semua sekali 1 tahun. Ish! Rasa macam kena tipu pun ada! Kemudian, baliklah saya ke rumah dengan perasaan hampa.
Lebih merisaukan sebenarnya ialah saya sebenarnya pun tiada kad waranti tu, kad yang menyatakan tempoh waranti selama setahun itu, baru sedarinya apabila ditanya oleh abang kat servis centre tu. Katanya di kad itu ada tertulis semua tentang detail waranti itu, iaitu apa warantinya dan berapa lama tempohnya. Benda ini memang sebenarnya tak pernah saya lihat pun sejak dari saya memiliki smartphone nih. Alih-alih, abang tu rujuk sahaja tarikh pembelian dekat resit tu untuk tidak membenarkan saya menukar Cable USB yang baru. By the way, it is just USB cable right? Argh!