MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 11 January 2013

Kerja Kosong Bank Islam


Haaa, suka saya kongsikan satu iklan yang terdapat di laman web Bank Islam.
Iklan yang pasti sangat tercari-cari oleh fresh grads.
Iklan jawatan kosong.
Walaupun bukan jawatan kosong sangat sebenarnya.
Yeah, not really a job vacancy.

Ini lebih kepada program aprentis la. 
Yang menarik sudah tentu pada gaji yang ditawarkan iaitu RM4000. Banyak gila. Dan tiba-tiba terfikir gila betul bank Islam ni buat iklan tawarkan jawatan dengan gaji RM4000. Sudah tentu ramai saja yang akan mohon nanti.

Tapi, kena tengok jugak syarat kat situ. Syarat-syaratnya agak ketat dengan CGPA minima 3.7 dan lain-lain syarat yang "superb" tu.
Jadi memang padanlah dengan gaji tu. Kan?

Baguslah, nanti paling kurang yang kerja dengan bank Islam nanti takdelah lekeh sangat kan. Lagi-lagi pada zaman kewangan Islam tengah laju memecut kedepan walaupun masih terkial-kial mencari arah mana yang sepatutnya mereka tuju. Semua ini tidak lain pasti memerlukan think-tank yang hebat-hebat.

Moga-moga dengan usaha ini sistem kewangan Islam akan mencapai apa yang sepatutnya dicapainya berlandaskan Maqasid Syariah itu sendiri.

p/s: Untuk detail jangan lupa baca imej tu ye. Tengok jugak tarikh tutup permohonan tu bila, bulan februari nanti. Sekiranya anda ada kenalan terdekat yang sesuai, khabarkanlah kepada mereka. 

4 comments:

  1. wow.tengok requirement pun rasa mcm tak layak je...akk mmg teringin nak keje kt bank islam ni..lagi2 kalau dpt dpn rmh ni..hehe. tp diorg demand jgk..alternatif lain akk nak keje kt Tabung Haji..mmg tu je akk pk..moga dipermudahkan lah semuanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pulak student law masuk jobmarket ni? bukan kata nk smbg study ke..?

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya nak tnya, macam mana nak tahu bila ada pengiklanan seperti ini lagi? Dari mana boleh Saya dapatkan info langsung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Biasanya anda kena rajin jenguk-jenguk laman web diorg.. kebanyakan syarikat korporat memang ada letakkan iklan jawatan kosong pada bahagian career laman web masing-masing.. alternatifnya rujuk jobstreet atau beberapa website lain yg sering mengumpulkan maklumat tentang jawatan kosong mahupun adik sendiri hantar sahaja resume secara terus kepada jabatab HR mereka.. untuk kerja bank, saya tgk website efinancialcareer ada jawatan yang relevan dengan bank... good luck..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts