MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday, 27 July 2012

MUET Julai 2012: Good luck!!

Hari ini 28 Julai, adalah hari penentuan kepada semua calon MUET sesi Julai yang bakal menjawab written test. Good luck kepada anda semua saya ucapkan terutama kawan-kawan kat USIM tu. Saya tahu ramai dari kalangan anda yang begitu tekun belajar bagi memastikan MUET kali ini adalah kali yang terakhir setelah beberapa kali gagal mendapatkan sekurang-kurangnya band 3. Diharapkan di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, segala doa-doa anda semasa sebelum berbuka puasa itu supaya dapat lepas muet tahun ini dimakbulkan!



Teringat masa ambil MUET november tahun lepas, keluar-keluar dewan je dah ada yang berkira-kira nak repeat lagi pada sesi yang akan datang. Kesian. Belum keluar result pon lagi macam dah tahu-tahu x akan lepas. Dia x leh jawab sangat la kot tu masa exam tu.

Dalam exam MUET ni, apa yang anda harus faham ialah ianya tentang academic, maksudnya yang dia uji adalah english dari sudut akademik, bukannya english harian yang anda gunakan. Kenapa saya kata macam tu? Kerana markah untuk speaking tak banyak pun, 45 markah sahaja daripada jumlah 300 tu. Yang banyaknya apa? Yang banyaknya kat reading dan writing yang masing-masing memperuntukkan 120 dan 90 markah. Dan kedua-dua bahagian ini banyak menguji anda tentang penggunaan english dalam akademic. Kalau tak silap, kebanyakan article dalam bahagian reading adalah academic article journal, dan dalam writing pon sama, kena wat academic writing. Harap anda semua faham! So bagi saya, apa yang perlu ditekankan sebelum exam MUET ialah kena banyak baca article journal, biasakan diri anda membacanya walaupun banyak term2 yang x faham dan susah sangat nak faham ayat yang diorang gunakan.

Anyway, bagi yang ingin mengambil muet pada sesi yang akan datang yaitu sesi November 2012, boleh check timetable kat laman web mpm ni. Tekan link ni. Ke pautan jadual muet.

Dan biasanya juga, result MUET ni akan keluar kira-kira dua bulan selepas exam, ataupun kira-kira dua minggu sebelum tarikh tutup pendaftaran MUET sesi november akan ditutup. So, agak-agak bila dah dekat dengan tarikh tu, rajin-rajin jenguk laman web mpm. Yang ni mesti yang jenis eager nak dapat result ni yang  akan buat camni, yang bajet dapat band 4. 

Wasalam.

p/s: Dapatkan e-book panduan MUET yang berharga RM30.00 sahaja secara online disini! Tekan link ini. PanduanMuet. Ataupun tekan di banner disebelah kanan blog ini.

Wednesday, 25 July 2012

Mencari Lailatul Qadar umpama pertandingan bola sepak!!!

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz Ramadhan bersama Dato' Hasan Din Al-hafiz yang bertajuk "Islam itu Indah" pagi semalam, Dato' ditanyakan dari salah seorang jemaah muslimah perihal bagaimanakah hendak mencari lailatul qadar.

Seperti lazimnya yang kita biasa dengar, Dato memberi jawapan dengan hadis Rasulullah yang menyuruh kita mencari malam Qadar ini pada sepuluh malam terakhir dalam Ramadhan. Dan dengan sebab kasihnya Rasulullah S.A.W kepada kita, baginda memudahkan lagi umatnya supaya carilah ia di malam-malam yang ganjil di dalam sepuluh malam terakhir itu.

Persoalannya, bolehkah kita sekadar fokus kepada malam-malam ke-21, 23, dan seterusnya sahaja untuk mendapatkan kelebihan malam qadar ini tanpa beribadat pada malam-malam lain seperti malam-malam awal ramadhan?

Maka jawab Dato, mencari lailatul qadar itu umpama pertandingan bola. Dalam pertandingan bola, kita ada beberapa peringkat seperti pusingan awal, suku akhir dan separuh akhir sebelum melangkah ke perlawanan akhir.

Maka sama jugalah dengan ramadhan. Dibahagikan Ramadhan itu kepada tiga, pusingan awalnya adalah pada 10 malam pertama, pusingan separuh akhirnya pada 10 malam pertengahan Ramadhan dan pusingan akhirnya adalah 10 malam terakhir Ramadhan.

Bagi yang ingin mendapatkan malam Qadar(malam kemenangan) yang berada pada malam 10 terakhir ramadhan yaitu di pusingan akhir, seseorang itu hendaklah melalui peringkal awal dan peringkat separuh akhirnya, setelah berjaya di dua pusingan tersebut barulah berjaya ke pusingan akhir. Mana mungkin seseorang itu dapat terus ke pusingan akhir tanpa melalui peringkat awalnya dan peringkat separuh akhirnya. Dengan itu, kalau hendak masuk ke pusingan akhir pun gagal, apa lagi hendak mendapatkan kemenangan itu (malam Qadar).

Dengan erti kata lain, sekiranya ingin mendapatkan fadhilat lailatul qadar, hendaklah kita mengerjakan setiap malam-malam ramadhan dengan ibadah. Tidak boleh pada malam-malam tertentu sahaja.

Perkara ini sebenarnya menjawab kritikan aku kepada kebanyakan umat Melayu yang hanya fokus beribadah pada awal ramadhan namun terus berhenti melakukan ibadah pada penghujungnya. Ini kerana pernah terdetik di fikiranku untuk menyeru mereka supaya jangan bersemangat melakukan ibadah pada awal ramadhan, tetapi bersemangatlah pada akhir ramadhan kerana disitulah adanya malam Qadar. Kalau diikutkan logik maka benarlah kira-kiraku ini, namun perkara agama bukan hanya terletak pada logik akal semata-mata, yang lebih penting adalah ikhlas dalam beribadah.

Dan yang menariknya, analogi yang diberikan tadi juga mempunyai satu maksud yang cukup menarik bila dipandang dari sudut sisi yang lain. Sekiranya mencari malam Qadar itu umpama pertandingan bola, maka dari 16 pasukan yang bersaing di peringkat awal, tentu saja hanya dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir. Maka betullah analogi Dato' dalam memberi gambaran sikap orang Melayu yang ramainya memenuhi masjid-masjid hanyalah di peringkat awal, namun bila sudah berada di penghujung saingan, hanya tinggal segelintir sahaja yang masih lagi tekun beribadah di masjid-masjid.

Sesungguhnya fenomena ini hanya di tempat kita, nyata jauh berbeza daripada apa yang diamal oleh orang arab.

Wallahuaklam.

Video Tanyalah Ustaz Semalam.

Selamat menonton.

part 1

part 2

p/s: cepat betul depa ni wat kerja, byk pahala depa..



Monday, 23 July 2012

Langgan Majalah Solusi, Al-Ustaz, Gen-Q

Antara 3 majalah islami pilihan umat Islam di Malaysia sekarang ini ialah majalah Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q. Memaparkan pelbagai ilmu-ilmu yang cukup bermanfaat yang dipersembahkan dalam bentuk yang santai beserta gambar-gambar yang menarik sudah cukup untuk ia menambat hati para pembaca lebih-lebih lagi semakin ramai yang terbuka hati untuk menambahkan ilmu dan mengenali Islam dengan lebih mantap.

Untuk memudahkan anda mendapatkan semua isu-isu majalah tersebut, anda bolehlah langgan majalah tersebut selama 12 isu berturut-turut di laman web adikbijak.com. Dengan melanggan, anda kini tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya di kedai-kedai sebaliknya ia akan terus dihantar ke rumah anda setiap kali keluaran baru terbit di pasaran. 

Tambah lagi, ada sesetengah tempat di negara kita ini yang memang sukar untuk masyarakat mendapatkan majalah-majalah tersebut. Sekiranya anda pun mengalami masalah yang sama, ini mungkin penyelesaian yang terbaik buat anda.

Untuk melanggan majalah solusi selama 12 isu berturut-turut, tekan di link ini. Langgan majalah Solusi 12 isu.
Solusi isu 46 (latest issue)
Bagi anda yang berada di Sabah dan Sarawak pula, harganya mahal sedikit kerana kos penghantaran dan sebagainya. Anda boleh la klik disini. Langgan Solusi 12 isu (Sabah/Sarawak/Labuan).

Untuk melanggan majalah Al-Ustaz tekan di link ini:

Isu no 4, gambar dari fb majalah Al-Ustaz



Untuk melanggan majalah Gen-Q, tekan di link di bawah:
Gen-Q isu 12 (Julai 2012)

Semoga ini memudahkan anda.




Wednesday, 18 July 2012

Ketahui tarikh lahir anda dalam kalendar Hijrah


Ni adalah gajet yang disediakan oleh laman web Al-habib.com. Benda macam ni banyak je ada kat internet, tapi saya percaya yang ramai orang yang ingin tahu tarikh lahir mereka dalam tahun hijri namun agak "rajin" untuk membuat sedikit carian sendiri di google. So, diharapkan anda entri saya ini dapat memudahkan anda para pelawat blog ini. Dan dalam tidak sedar, usia kita yang sebenarnya adalah lebih tua dari yang kita sedia maklum. Ini kerana tahun hijrah sebenarnya adalah lebih pendek daripada tahun masihi. Mungkin kebanyakan daripada kita bersetuju bahawa umur purata manusia adalah 63 tahun, maka timbul persoalan, umur ini mengambil kira umur dalam tahun hijrah ke umur dalam tahun masihi? Sekian.

Monday, 16 July 2012

Pelaburan Saham Bank Persatuan

Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buktinya boleh dilihat pada kejayaan bank koperasi terbesar di Malaysia iaitu Bank Rakyat yang mampu memberikan pulangan setinggi 15% kepada para pemegang saham koperasi hampir pada setiap tahun. Disebabkan dividen yang konsisten dan hampir boleh dipastikan sebanyak 15% setiap tahun, maka pelaburan dalam koperasi Bank Rakyat ini termasuk dalam kategori pelaburan yang berisiko rendah dan cukup selamat.



Namun begitu, seperti yang semua sedia maklum, pelaburan dalam Bank Rakyat telahpun ditutup. Ianya bukan sahaja ditutup kepada pelabur baru bahkan juga kepada pelabur sedia ada untuk menambah pelaburan masing-masing. 

Oleh itu, bagi yang terlepas untuk melanggan saham koperasi bank rakyat, anda masih lagi berpeluang untuk melabur dalam saham koperasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Bank Persatuan. Dan mengikut laman web Bank Persatuan yang terkini, jumlah pelaburan yang dibenarkan kepada mana-mana pemegang syer sekarang ini adalah tanpa had maksimum. 



Pindaan ini merupakan suatu pindaan yang beru berkuatkuasa tahun ini dimana sebelum ini had maksimum jumlah syer yang boleh dilabur hanya RM2000 sebelum dinaikkan kepada RM20000. Anda boleh rujuk entri saya yang terdahulu yang saya tulis lebih kurang setahun yang lepas. Pelaburan Bank Persatuan. Dan yang terbaru, pelaburan saham bank persatuan sekarang ini adalah terbuka kepada semua tanpa ada had maksimum. Cukup menarik. Anda boleh rujuk di laman web bank persatuan sendiri.

Memang benar, dividen yang ditawarkan tidaklah setinggi dividen Bank Rakyat, namun bandingan seperti ini tidaklah adil, membandingkan gergasi dengan semut ataupun boleh dikatakan membandingkan seorang guru dengan muridnya, bandingan seperti ini tentulah tidak adil. Namun apa yang boleh dikongsi ini ialah prospek Bank Persatuan adalah cukup tinggi. Jangan pula bila sampai peluang pelaburan dalam saham koperasi Bank Persatuan ini ditutup seperti Bank Rakyat, dan pada ketika itu pula prestasinya menyamai Bank Rakyat, pada ketika itulah kita tergesa-gesa berlumba-lumba mendapatkan sahamnya. Dan inilah tabiat biasa orang kita yang tidak memandang jauh ke depan. Namun ini hanyalah pandangan peribadi, boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Boleh jadi Bank Persatuan akan mampu mengejar mentornya Bank Rakyat, dan boleh juga tidak. Semuanya terpulang kepada anda!

p/s: Mesej utamanya ialah pelaburan Bank Persatuan tiada had maksimum. Banyak pula goreng-gorengnya.

Friday, 13 July 2012

IQTest Online

Have you ever done IQ test? Recently i have been introduced to a website that conduct an IQ test. It comprises of 39 questions that to be answered in 40 minutes' time. You can choose whether to really utilize the time given or to finish the test early and your IQ score will be given right after that. What has been interesting is that the website is quite secure and the true answer will not be given even after you finish the test. So, the system is quite reliable.

Several information I got from another site, including the IQ score of the famous scientist, Albert Einstein:

"100 is average. 70 and below is considered learning impaired. If someone is between 80-109, they have average intelligence. 110-169 is a scale of above average (going from above average at 110 to WAY above average at 169). 170 and above is genius level. I think I heard someone say once that Einstein's I.Q. would be somewhere in the 180s."
"Einstein never took an IQ test (they are a fairly recent development) so no one knows what his IQ is. But the fact that he was brilliant in some fields doesn't mean he would have had a high IQ. There are people, called 'idiot savants' who are incredibly brilliant in one field, but hopeless at other things. For some reason, mathematics is often the field of special intensity - they can calculate numbers in their heads that you or I would have trouble entering into a computer, and solve them faster than the computer. They can tell you what day of the week any date in history was, or project it forward into the future. But they may not be able to figure out how to get across town on a bus. So IQ, no matter how high it is, doesn't always indicate brilliance. And your personal IQ can and does vary over your lifetime, so it isn't a set number. 
It is used as a guide, however. IQs of under 80 are generally deemed to need assisted living conditions, those with IQs over 135 are MENSA level. These are people who sit around and do math problems for fun and find sudoko and crosswords much too easy.
Some people with high IQs are not especially socially adept, because they can't undestand how other people (with lower IQs) have such trouble understanding things that come naturally to the. Others with high IQs are wonderful, kind and caring people. So there aren't really any generalizations you can make about people with high or low IQs."

The quote above is quite true, right? So then, I attempt the test. Do you know how high my IQ is? Do you wanna know it? Well, I don't mind share mine! Huhu, let's have a look.



Well, I got 110. Not bad, huh? Though, this test is not for one to boast about his IQ, as for me, I do it just for fun only. Well, this one maybe truly mine, but I could also snap from other person, right? Huhu...

So, what are you waiting for? Let's try this and share your score with me!!

Try it here. IQ Test Online

p/s: If you don't mind, share your IQ score at the comment section ok? For fun only maa..

Friday, 6 July 2012

Pizza Hut Smart Lunch: Dari RM8.90

Pizza Hut telah melancarkan promosi marketing terbarunya menerusi Pizza Hut Smart Lunch.
Ianya boleh didapati pada harga yang agak murah dari serendah RM8.90.
Ianya hanya terhad kepada pembelian pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Jom tengok apa yang ditawarkan.







Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Baru-baru ini, sebuah cabaran SEO telah dianjurkan oleh dua blogger terkenal negara iaitu Eyriqazz dan Denaihati. SEO? Apa itu? Mungkin ada sesetengah blogger yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berblogging tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan SEO ini. SEO ini sebenarnya singkatan kepada "Search engine optimization" atau dengan kata mudah bermaksud suatu kaedah supaya laman web kita terpapar dalam paparan search engine seperti yahoo dan google. Perkara ini penting kepada bloggers kerana laman web yang selalu terpapar lebih awal dan lebih kerap dalam hasil carian sudah tentu mendapat traffik yang banyak ke laman web masing-masing. Lebih daripada itu, blog anda menjadi lebih dikenali dan terkenal dalam dunia blogging ini.

-diambil dari blog eyriqazz-
-gambar dua blogger terkenal-


Buat pengetahuan anda, cabaran ini terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tarikh tutup cabaran ini adalah sehingga 31 Ogos 2012. Hadiah-hadiah yang disediakan pun boleh tahan. Nak tengok hadiah-hadiah dan syarat termanya, klik di link sini.




Sekian..

p/s: ada peluang nak menang ke? tak target menang pun, saja-saja je ni... huhu... orang masuk kita pun nak masuk juga...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts