Sangkaan ada dua macam, husnuzhon (bersangka baik) dan su'uzhon (bersangka buruk). Apakah yang dimaksudkan dengan sangkaan buruk? Sangkaan buruk ialah sangkaan yang hanya sebuah sangkaan tanpa didasari hujah atau bukti. Ia adalah salah satu pintu untuk syaitan memasuki diri seseorang.
Kalau tak silap, sangkaan buruk juga dipanggil sebagai ghibtoh iaitu satu jenis mengumpat. MENGUMPAT??? Ya, dengan bersangka buruk, kita sebenarnya sedang mengumpat tapi hanyalah dengan diri sendiri, tanpa ada orang lain yang mendengar apa yang diumpatkan itu.
Dalam Sirah Nabawiyyah, pernah baginda nabi Muhammad S.A.W berada di sebuah masjid bersama dengan seorang isterinya. Kemudian, datang dua orang sahabat melalui sebelah masjid itu. Lalu, kedua-duanya ternampak baginda beserta dengan seorang wanita yang tidak diketahui mereka dan kemudian mereka cepat-cepat hendak beredar dari situ kerana tidak mahu bersangka buruk kepada insan yang paling mulia itu. (Walaupun sebenarnya mereka telahpun berbuat demikian)
Kemudian, datang rasulullah bertanyakan kepada mereka berdua kenapa mereka tiba-tiba ingin bergegas ke tempat lain. Lalu, dijelaskan oleh kedua sahabat itu tentang hal sangkaan mereka tadi. Akhirnya, rasulullah pun menjelaskan bahawa wanita itu adalah isterinya. (Maaf kerana lupa nama isteri nabi ini dan apa sebab dia berjumpa rasulullah di masjid)
Pengajaran dari sirah ini ialah kita boleh dapati bahawa syaitan boleh menguasai dan memperdaya diri seseorang hamba Allah dengan begitu cepat terutama melalui pintu sangkaan buruk ini. Itu sahabat, inikan pula kita yang hidup di zaman yang jauh cukup berbeza dari zaman rasulullah. Kalau tiba-tiba ternampak seorang ustaz menaiki motor dengan seorang perempuan muda dah tentu terdetik di hati kita macam-macam padahal kita tak tahu siapa sebenarnya perempuan itu. Boleh jadi perempuan anak saudaranya ke? Boleh jadi isteri mudanya ke? Yang kita tak tahu mengenainya.
Apa yang lagi menarik ialah sangkaan buruk ini tidak boleh dilakukan kepada orang yang baik tanpa bukti, TAPI boleh kepada orang fasik (AHLUL-FISKI) iaitu orang sudah selalu kita lihat berbuat dosa secara terang-terangan.
Biar betul? Betulll. Buktinya, sekiranya anda adalah seorang penjual pisau, kemudian datang seorang lelaki ingin membeli pisau dari anda yang telah anda ketahui bahawa dia ialah seorang samseng dan kaki pukul dsb, haram anda jual pisau kepadanya. Dalam keadaan ini, anda telah membuat sangkaan bahawa lelaki ini boleh mengancam keselamatan orang awam dengan menggunakan pisau yang ingin dibelinya itu. Maka, sangkaan ini dibolehkan.
No comments:
Post a Comment