Gambar Ihsan SafeeSali_10 Official |
Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2
tahun bersama Pelita Jaya. Pengurusnya,Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak
itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai
kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi
balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan
Pelita Jaya FC.
Safee juga akan menerima pakej tambahan 'image rights' dimana pihak kelab akan mengusahakan
untuk Safee mendapat 'commercial endorsement' bagi pelbagai product di seluruh
Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat- syarikat yang memerlukan
imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran. Safee juga akan diberi peluang
untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila
peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan
oleh liga di negara- negara tersebut.
Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain
Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain
di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium
dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay. Pelita Jaya
juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan
beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax
Amsterdam FC. Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana
Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya disana.
Namun, mereka masih lagi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya
disana. Safee juga di lantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di
Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan disamping itu juga, di Akademi Sepakbola milik
Pelita Jaya, pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk diberikan saham pemilikan akademi tersebut untuk
masadepan Safee. Akademi ini sudahpun mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja
dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk
membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan
karier professionalnya nanti. Keputusan yang dibuat oleh Safee Sali untuk terus
bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya dan setelah mengambil kira pelbagai
aspek dan risiko. Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran
lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, 4 pasukan dari Malaysia
antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, JohorFC dan Johor FA selain pasukan
Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali
kepangkuan mereka.
Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC untuk
bermain disana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang
mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempuh sekurang-kurangnya 1 tahun dulu. Safee juga pernah mendapat tawaran untuk
menjalani ujian bersama 5 kelab di German antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden.
Namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan
untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 waktu itu, maka Safee terpaksa melupakan peluang keemasan tersebut, namun
masih tetap menaruh cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu
hari nanti. Selain di German, nama Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan
beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan PSG, namun tiada sebarang tawaran atau risikian rasmi yang dibuat oleh kelab2 tersebut
seperti kelab-kelab yang disebut diatas. Nama Safee juga bermain di kalangan
pemilik kelab di liga India, Vietnam dan Qatar. Safee juga telah ditawarkan untuk bersama Harimau Muda yang bermain di Liga Singapura.
Safee lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Mengetahui factor
umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab, terpaksa Safee lebih mengutamakan
peluang bermain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya daripada peluang
bersama kelab yang belum menjamin tempat untuknya malahan mungkin lebih
memanaskan bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab. Di Pelita Jaya, selain
pakej pendapatan dan kemudahan, Safee akan dapat lebih peluang bermain di
setiap perlawanan yang mengandungi 10 pemain asing di atas padang (Liga
Indonesia benarkan 5 pemain asing tiap pasukan) dari pelbagai Negara dan
kebanyakan mereka adalah bekas atau masih pemain negara masing- masing.
Safee juga adalah kapten kelab Pelita Jaya yang mana ia lebih jelas memberi
peluang untuk Safee beraksi di setiap perlawanan. Safee merancang selagi
diperlukan, beliau ingin berkelana dengan kerjaya bolasepaknya di luar Malaysia
selama sekurang-kurangnya 5tahun. Hanya selepas itu, barulah Safee akan
memikirkan untuk kembali bersama pasukan di Malaysia, itupun jika masih diperlukan lagi. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuatnya demi membantu pasukan
negara dan demi menaikkan semangat anak- anak muda yang ingin berkerjaya di
bidang bolasepak secara sepenuhmasa dan professional. Kedatangan bekas
jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee
untuk bersama kelab Pelita Jaya ini disamping digandingkan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo dan bekas penyerang
kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi di UEFA Champions
League, kapten pasukan bawah 23 Indonesia, Egi Mergiansyah.
Walaubagaimanapun, Safee ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak terutama media Malaysia dan FAM yang perihatin dengan kedudukannya
disini lantaran permasalahan yang berlaku diantara PSSI dengan Liga Super Indonesia. Safee amat hargai segala pandangan
dan kritikan serta saranan yang diberikan. Zakaria Rahim berkata: "Safee
juga ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Liga Super di Malaysia yang berminat
untuk mendapatkan khidmatnya dan memohon maaf tidak dapat memenuhi tawaran mereka untuk kali ini. "Namun, jika
diberikan umur yang panjang dan murah rezeki, Safee akan pertimbangkan sebarang
tawaran dari mana-mana pasukan dari Malaysia dimasa hadapan." Menurut
Zakaria lagi "Ini bukan bererti pintu untuk Safee kembali ke Malaysia sudah
tertutup terus kerana dalam sukan professional, segalanya berkemungkinan dan
Safee bersedia untuk bersama mereka jika keadaan memerlukan nanti. "Juga
terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan warga Malaysia di Jakarta dan seluruh
Indonesia yang sentiasa menemaninya dan memberikan dorongan kepadanya untuk
terus berjaya. Paling utama, terima kasih kepada pengurusan Pelita Jaya FC atas keyakinan mereka untuk meneruskan khidmatnya
bersama kelab ini untuk selama 2 tahun lagi." Safee juga memohon agar didoakan
kejayaannya bersama Pelita Jaya FC dan akan pulang untuk bersama skuad Harimau Malaysia selagi
tenaganya diperlukan oleh negara.
Sumber: Facebook
memang tidak dinafikan beliau adalah salah seoarang pemain terbaik
ReplyDelete