Bismillah
Wahsyi merupakan salah seorang sahabat rasulullah S.A.W yang pada asalnya bukan seorang muslim tetapi akhirnya memeluk Islam dengan hidayah dari Allah.
Semasa zaman sebelum Islamnya, beliau lah merupakan orang yang telah membunuh bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah asadullah di dalam perang.
Disebabkan ini, semasa hidupnya, tidak sesekali Nabi Muhammad bertemu dengan Wahsyi kerana tidak mampu untuk mengenangkan kematian bapa saudara yang dikasihinya yang mati dibunuh Wahsyi.
Ini bukanlah bermaksud nabi menyimpan dendam, tetapi kerana tidak mampu menahan sedih akan kehilangan bapa saudaranya sahaja.
Selain itu, Wahsyi juga pernah menyembah berhala dan juga berzina sebelum memeluk Islam. Membunuh, syirikkan Allah dan berzina, tiga dosa yang besar di dalam Islam telah dilakukannya.
Hasil dari kejayaan beliau membunuh Saidina Hamzah, beliau telah dimerdekakan oleh tuannya selepas peperangan tersebut.
Lama selepas itu, akhirnya hidayah Allah menjengah hati Wahsyi.
Namun niat Wahsyi untuk memeluk Islam menjadi buntu dia tahu tiga dosa besar yang dilakukannya akan menyebabkan dia akan dijilat api neraka, seperti yang diwahyukan Allah dalam Surah al-Furqan ayat 68 dan 69. Nabi pula enggan untuk bertemu dengan beliau menyebabkan beliau betul-betul rasa buntu.
Beliau akhirnya menggunakan seorang sahabat yang lain sebagai orang tengah untuk menyampaikan niat ikhlasnya untuk memeluk Islam dan bertanyakan perihal ayat al-Quran tersebut.
Selepas dikhabarkan tentang cerita Wahsyi, Rasulullah memang tidak berjumpa dengan Wahsyi. Baginda menunggu sahaja wahyu dari Allah untuk menyelesaikan masalah ini.
Kemudian Allah turunkan wahyu iaitu pada ayat ke-70 Surah alFurqan yang menceritakan tentang dosa-dosa tersebut (yang terdapat pada ayat sebelumnya) akan terhapus dengan taubat, beriman kepada Allah dan berterusan melakukan amal soleh.
Selepas diberitahu tentang ini, Wahsyi tetap juga tidak memeluk Islam. Ini kerana beliau tidak berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau tahu beliau boleh bertaubat dan beriman kepaada Allah namun bimbang tidak mampu berterusan melakukan amal soleh.
Kemudian diajukan lagi persoalan ini kepada Rasulullah S.A.W. Baginda akhirnya mendapat wahyu daripada Allah iaitu ayat 48 Surah an-Nisa yang menerangkan tentang semua dosa selain mati dalam syirik akan diberi keampunan oleh Allah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNYA.
Setelah diberitahu kepada Wahsyi, beliau tidak juga memeluk Islam. Ini kerana Allah nyatakan keampunan akan diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA, sedangkan dia merasakan dia bukan dari kalangan yang dipililh Allah, dan tidak akan mendapat keampunan dari Allah.
Kemudian disampaikan lagi kepada Rasulullah S.A.W. Akhirnya turunlah wahyu ketiga kepada Rasulullah untuk menyelesaikan masalah Wahsyi. Itu adalah ayat ke53 dari surah az-Zumar.
Akhirnya, barulah dia berpuas hati dan memeluk Islam.
Pengajaran:
1) Dosa besar pun Allah boleh ampunkan, maka janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Semua dosa Allah akan ampunkan. Besar mana pun ia. Insyaallah, jika kamu betul-betul ikhlas untuk bertaubat kepada Allah, PASTI Allah akan ampunkan.
2) Bahkan rahmat Allah itu mendahului murkaNYA. Allah lebih bersifat rahmat dari bersifat murka kepada hambaNYA. Bahkan, ada dosa yang Allah ampunkan walaupun hambanya tidak bertaubat. Melainkan, dosa syirik yang pasti tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat.
3) Di dalam berdakwah, jangan cepat putus asa dengan sasaran dakwah. Contohi Rasulullah S.A.W yang tidak buat tidak endah dengan Wahsyi, walaupun setelah dua kali ayat Quran diturunkan untuk mententeramkan hati Wahsyi, nabi masih lagi memberi peluang kepada Wahsyi dengan peluang yang seterusnya.
4) Sekiranya anda ingin bertaubat dari dosa meninggalkan solat fardhu berpuluh tahun lamanya, jangan tangguhkan lagi taubatnya. Bertaubatlah dengan tidak lagi meninggalkan solat fardhu selepas itu. Mampu qadha' atau tidak itu adalah soal kedua. Soal taubat ialah tidak lagi meneruskan dosa yang lalu.
-petikan ceramah bulanan oleh Ustaz Nizam abdul Kadir di Masjid Khalid alWalid (aka Masjid Mindef) pada 27 Mac 2014
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Thursday, 27 March 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
No comments:
Post a Comment