MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Friday 27 July 2012

MUET Julai 2012: Good luck!!

Hari ini 28 Julai, adalah hari penentuan kepada semua calon MUET sesi Julai yang bakal menjawab written test. Good luck kepada anda semua saya ucapkan terutama kawan-kawan kat USIM tu. Saya tahu ramai dari kalangan anda yang begitu tekun belajar bagi memastikan MUET kali ini adalah kali yang terakhir setelah beberapa kali gagal mendapatkan sekurang-kurangnya band 3. Diharapkan di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, segala doa-doa anda semasa sebelum berbuka puasa itu supaya dapat lepas muet tahun ini dimakbulkan!



Teringat masa ambil MUET november tahun lepas, keluar-keluar dewan je dah ada yang berkira-kira nak repeat lagi pada sesi yang akan datang. Kesian. Belum keluar result pon lagi macam dah tahu-tahu x akan lepas. Dia x leh jawab sangat la kot tu masa exam tu.

Dalam exam MUET ni, apa yang anda harus faham ialah ianya tentang academic, maksudnya yang dia uji adalah english dari sudut akademik, bukannya english harian yang anda gunakan. Kenapa saya kata macam tu? Kerana markah untuk speaking tak banyak pun, 45 markah sahaja daripada jumlah 300 tu. Yang banyaknya apa? Yang banyaknya kat reading dan writing yang masing-masing memperuntukkan 120 dan 90 markah. Dan kedua-dua bahagian ini banyak menguji anda tentang penggunaan english dalam akademic. Kalau tak silap, kebanyakan article dalam bahagian reading adalah academic article journal, dan dalam writing pon sama, kena wat academic writing. Harap anda semua faham! So bagi saya, apa yang perlu ditekankan sebelum exam MUET ialah kena banyak baca article journal, biasakan diri anda membacanya walaupun banyak term2 yang x faham dan susah sangat nak faham ayat yang diorang gunakan.

Anyway, bagi yang ingin mengambil muet pada sesi yang akan datang yaitu sesi November 2012, boleh check timetable kat laman web mpm ni. Tekan link ni. Ke pautan jadual muet.

Dan biasanya juga, result MUET ni akan keluar kira-kira dua bulan selepas exam, ataupun kira-kira dua minggu sebelum tarikh tutup pendaftaran MUET sesi november akan ditutup. So, agak-agak bila dah dekat dengan tarikh tu, rajin-rajin jenguk laman web mpm. Yang ni mesti yang jenis eager nak dapat result ni yang  akan buat camni, yang bajet dapat band 4. 

Wasalam.

p/s: Dapatkan e-book panduan MUET yang berharga RM30.00 sahaja secara online disini! Tekan link ini. PanduanMuet. Ataupun tekan di banner disebelah kanan blog ini.

6 comments:

  1. MUET ni akan jadi mudah bila kita betul2 tahu formatnya..sbb ada yg masa speaking main meraban je nak cakap apa tanpa bercakap dengan format yang betul. Contohnya, dalam speaking, apa yang penting ialah untuk mengeluarkan 3 reasons MENGAPA atau BAGAIMANA berkaitan point yang diberikan..apapun gud luck ea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas pulak isu MUET USIM di fb akhir2 ni... huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum..
    Hmmm..nk tnya ni..
    lau kita amik MUET..bln 3,(2013)..
    result nya kluax bila yea???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap dalam 2 bulan selepas exam (paper terakhir muet).. kalau tgk jadual kat laman web mpm tu result muet mac 2013 konfem2 keluar sebelum 6 may 2013 sebab tarikh tu adalah tarikh pendaftaran untuk sesi julai pulak..

      Delete
  3. Salam, kalo amek muet bkn 3..sempat x untuk mohon upu bln 2...masuk dgree bln 9

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts