MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Saturday, 14 April 2012

Betul ke kiblat kita ni?

Alhamdulillah, tadi sempat mendengar kuliah maghrib di Masjid Langgar, Kota Bharu dan solat Isya' berjemaah.. Masuk2 je, aik... Rasa janggal pulak pemandangan suasana dalam masjid tu... Kenapa? Jemaah ramai ke? Taklah, jemaah ramai tyme2 kuliah maghrib tu tak pelik, jemaah memang selalu ramai je kat masjid nih... Alhamdulillah... So, apa yg peliknye?

Owh, tukar karpet baru rupanya.... Aik, apasal senget semacam pulak nih? Dulu datang xdelah senget camnih... Roper-ropernye, sebelumnih, diorang ada panggil pejabat mufti negeri untuk check arah kiblat masjid tu.. So, menggunakan peralatan terbaru pejabat mufti yang mampu mengenalpasti arah kiblat dengan lebih tepat, roper-ropernya (abis rosak b.m aku) diorang dah melakukan pembetulan arah kiblat...

Dan lebih mengejutkan, menurut Ustaz Saidon (penceramah kuliah Maghrib tadi yang turut bertugas di pejabat mufti negeri Kelantan), di Kelantan, 1 degree arah kiblat kita senget, jaraknya adalah 202km dari Kaabah di Masjidil Haram... Jauh tu, kalau mcm tu, memang tak mengadap kaabah langsung la...

So, kepada sesiapa yang ingin membuat pengenalpastian semula arah kiblat bagi masjid2 atau rumah2 di Kelantan, anda boleh la call di talian 09-7482023/2425 iaitu nombor pejabat mufti negeri ataupun boleh la hubungi di laman web mereka di sini...

Habis tu, solat2 sebelum nih yangmengikut arah kiblat yang salah tu camne? Kena qadha balik ke? Jwpnnya x payah... Yg penting lepas2 nih, bolah (berhentilah) ikut kiblat yg lama...

Sekian...

Friday, 6 April 2012

So Malaysian..

Just now, i watched one of the videos that has been posted in one of my friend.'s wall... i found it quite interesting... happy watching...


from www.josephgermani.com....
very funny...
n he cans speak malay well too..
well done...

Friday, 23 March 2012

"High risk, high return"


Rasanya, ramai yang pernah dengar ayat ni.. Inilah suatu konsep yang basic dalam investment. Namun begitu, ramai juga dikalangan mereka, termasuk pelajar2 dalam bidang ini sendiri yang tersalah faham dengan ayat itu sendiri.

Ada antara mereka yang faham bahawa risiko yang tinggi akan menjamin pulangan yang tinggi, walau pada hakikat risiko yang tinggi bukanlah jaminan pulangan yang tinggi dari sesuatu pelaburan.

Sebenarnya, fahaman yang betul dari ayat ini ialah setiap pelaburan yang dilakukan, pulangannya mestilah berbaloi dengan kadar risiko yang diambil. Semakin tinggi risiko yang diambil dari sebuah pelaburan, kita sepatutnya mendapat pulangan yang lebih tinggi. Jika sekiranya pelaburan yang dirancang tidak mampu untuk memberikan pulangan yang sepatutnya dan bersesuaian dengan kadar risiko yang tinggi, pelaburan tersebut mestilah dielakkan.

Senang cerita, sekiranya ada unit trust (yang memang biasanya) mampu menawarkan kadar pulangan sehingga 6% setahun, sekiranya anda tiba-tiba ingin melabur secara langsung di pasaran saham (yang sudah tentu lagi berisiko) , pulangan yang anda perlu dapat ialah sepatutnya lebih tinggi dari 6%, mengikut suatu formula yang telah ditetapkan. Jika sekiranya anda gagal untuk mendapat pulangan melebihi 6%, atau sekadar sama dengan 6% dari pelaburan dalam pasaran saham, ini bermakna pelaburan anda gagal. Anda sepatutnya awal2 lagi melabur sahaja dalam mutual fund!!

Lagi mengejutkan, jom tengok apa yang cpteh tulis dalam blog beliau tentang untung investor dalam pasaran saham:
"Believe me, not losing money(in long run), you are the top 20% in the market. Profitting 5-10% in market consistently annually, you are the top 10%. If as retailers we could profit 20% and above, we could be the top 5% traders/investors."

So, even top 10% investor dalam pasaran saham pun sepatutnya hanya patut labur kat unit trust je, kan? Tp, tu pun kalau investment dalam mutual fund tu betul2 dapat 6% annually, lah.. Even my investment in Public Ittikal until now still doesn't give return as being expected, mainly due to euro economic crisis last year...: (

Kesimpulan: Makna "high risk high return" ialah syarat pelaburan berisiko tinggi yang berbaloi ialah pulangan yang tinggi, bukannya sekadar bermaksud pelaburan berisiko tinggi boleh memberi pulangan yang tinggi....

Sekian...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts