Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM.
Walaupun ada beberapa program sudah outdated, kebanyakannya masih lagi relevan. Sayang pula kalau disimpan sahaja dalam peti emel dan tidak dikongsi di blog ini.
Semoga ada kebaikan hendaknya.
Assalamualaikum,
Tujuan emel ini adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada pelajar ASRM 6th Batch tentang perbincangan arah tuju karier mengikut kaca mata dan pandangan saya (kalau ada tambahan dari senior lain dialukan).
Menurut maklumat yang saya perolehi, setakat 3 Disember 2013, alumni ASRM USIM berada dalam pelbagai bidang dan antara yang terbesar ialah seperti berikut:
1) Pendidikan - post-graduate studies, lecturer and teacher
2) Bekerja sendiri
3) Eksekutif bank/syarikat korporat - accounting, auditing, human resource, pegawai tadbir, risk management, actuarial department
4) Capital market-dealer representatives, financial planner, corporate finance
5) Broker insurance
Bidang Pilihan
Tanpa ada niat untuk membanding-bandingkan karier lepasan ASRM USIM, disini ingin saya bincangkan beberapa pilihan haluan kerjaya yang boleh anda pertimbangkan.
1) bidang aktuari - seperti yang semua maklum, antara kelayakan yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya berjaya lulus dua kertas peperiksaan SOA iaitu Probability dan Financial Management. Walaupun amat sedikit lepasan ASRM yang masih berada dalam bidang ini, usaha mestilah terus dipergiatkan supaya ada dari graduan ASRM USIM akan berjaya menjadi qualified actuary pada masa akan datang, selaras dengan matlamat utama kursus ASRM di USIM.
2) bidang pengurusan risiko - alumni USIM lebih cenderung untuk bekerja dalam Risk Management memandangkan akses untuk ke bidang ini sedikit mudah berbanding aktuari. Secara peribadi pun, saya lihat ini adalah antara peluang ataupun "lubuk" untuk graduan USIM untuk menembusi pasaran kerja nanti.
3) pasaran modal (capital market @ investment) - saya rasa bidang ini antara yang paling sedikit pendedahan diberikan kepada pelajar. Umumnya juga ia lebih dekat kepada pelajar Financial Mathematics (FM) berbanding actuary. Capital market ini melingkupi pekerjaan di Investment Banking, Stockbroking Company dan Financial and Wealth Management (mutual fund). Pekerjaan di bidang ini adalah dibawah seliaan Securities Commission (SC) yang kebiasaannya memerlukan anda menduduki peperiksaan dibawah seliaan mereka, sedangkan bank dan industri insurans pula adalah di bawah pantauan Bank Negara. Antara subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang ini ialah subjek-subjek yang diajar Madam Karmila (contoh Financial Management, Financial Risk Management, Investment Portfolio). Maksudnya, secara umumnya sekiranya anda suka belajar subjek-subjek tersebut kenapa tidak anda bekerja dalam bidang ini. Namun, bekerja dalam bidang ini biasanya dikaitkan dengan stress dan masa kerja yang panjang kerana kerja yang sangat banyak, namun masih sangat mendapat perhatian kerana gaji yang tinggi sebagai imbalan kepada kerja tersebut. Selain itu, antara department yang menarik ialah di bahagian corporate finance (bahagian yang uruskan IPO, investment analysis NPV,IRR dll, capital structure, capital budgeting etc). Peluang pekerjaan lain ialah sebagai equities analyst (company analysis, industry analysis etc), dealer representatives, investment advisor, financial planner, dan compliance officer. Antara yang merketable juga ialah compliance officer kerana bilangannya yang agak sedikit di Malaysia. Itulah antara pekerjaan di Investment Banking dan stockbroking company. Selain itu, untuk berjaya dalam bidang investment, antara exam yang bagus untuk diambil ialah CFA (chartered financial analyst). Umumnya, CFA mempersiapkan anda untuk menjadi seorang analyst sehinggalah menjadi seorang Fund Manager.
4) Bidang OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Kalau tak silap, OSHA ni sangatlah market kerana bilangan specialist dalam bidang ini sangat terhad. Ianya juga ada peperiksaan yang tersendiri dan anda boleh buat carian sendiri di google sekiranya berminat.
Peluang pekerjaan
Menurut nasihat seorang senior, anda hendaklah memulakan langkah mencari kerja seawal anda masih sedang menjalani latihan praktikal lagi sekiranya anda ingin memulakan kerja seawal tamat praktikal.Mungkin dalam 2 bulan sebelum tamat, anda sudah boleh mula membuat carian kerja kosong di jobstreet mahupun laman-laman web syarikat-syarikat yang berkaitan.
Selain itu, antara peluang yang terbuka luas ialah:
1) Menjadi dealer representative melalui program GRP1000. Ianya adalah suatu inisiatif kerajaan dan program ini berjalan selama 3 tahun untuk merekrut tenaga kerja profesional dalam capital market. Butiran lanjut boleh anda dapati di laman web www.grp1000.com.my
2) Selain itu, anda juga berpeluang untuk bekerja di dalam financial industry (banking and insurance) menerusi FSTEP. Maklumat lanjut boleh dapati di www.fstep.org.my. Pengambilan biasanya adalah sebanyak dua kali setahun.
3) Skim Felo Siswazah USIM. Ini adalah skim untuk memberi peluang kepada pelajar USIM untukk menyambung pelajaran di peringkat post-graduate. Antara syarat penting skim ini ialah calon dikehendaki untuk menamatkan pengajian sehingga ke peringkat PhD seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di USIM. Saya lihat ini adalah sangat bagus untuk kita meningkatkan bilangan pensyarah ASRM di USIM yang melalui proses PnP mengikut acuan dan budaya USIM sendiri.
4) Management trainee. Kebanyakan bank-bank termasuklah investment bank ada program management trainee yang mana akan melatih peserta untuk menjadi future management level employee di syarikat masing-masing.
Hukum kerja di bank konvensional
Antara dilema lain yang akan dihadapi lepasan USIM ialah tentang status hukum bekerja di bank ataupun syarikat yang mengamalkan sistem konvensional. Terdapat beberapa perbincangan ulama temporari tentang hukum tersebut dan salah satunya anda boleh rujuk di laman web Ustaz Zaharuddin Ab Rahman. http://zaharuddin.net/kerjaya/240-hukum-kerja-di-bank-a-insuran-konvensional.html
Penutup
Kesimpulannya, tulisan ini hanyalah sekadar perkongsian ringkas hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Anda boleh buat carian sendiri untuk mendapatkan lebih info berkenaan haluan kerjaya, dan saya yakin senior lain juga mempunyai lebih banyak info tentang peluang-peluang lain, tetapi tidak ada platform untuk berkongsi. Akhirnya, walau apapun kerja dan karier kita, jadikanlah ia satu peluang untuk kita berbakti kepada masyarakat dan ummah. Insyaallah.
p/s: Sebarang respon boleh diemelkan kepada saya di ar.azimfaris@yahoo.com
Yang benar,
Azim Faris Bin Ab Rahim
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Saturday, 3 February 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...