MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label finance. Show all posts
Showing posts with label finance. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Macam mana harga emas ditentukan?

Harga emas dunia biasanya dirujuk kepada beberapa penanda aras. Antara yang utama adalah London Gold Fixing iaitu harga emas yang ditentukan oleh supply dan demand antara lima bank yang menjadi ahli kepada The London Gold Market Fixing Ltd. Bank-bank tersebut ialah:
  • Scotia-Mocatta
  • Barclays Capital yang menggantikan N M Rothschild and Son
  • Deutsche Bank
  • HSBC Bank
  • Societe Generale

Gold Fixing ini dilakukan menerusi satu conference call yang menghimpunkan wakil-wakil bank tersebut yang meletakkan tempahan jual dan beli mengikut demand daripada retail customer bank masing-masing.

Selesai proses bidding antara bank-bank yang terlibat baharulah Gold Fixing akan mengeluarkan harga emas kepada awam, yang mana hanya ditentukan dua kali sahaja dalam satu hari iaitu pada jam 10.30 pagi London yang dipanggil sebagai London Gold AM Price dan pada jam 3.00 petang London yang dikenali sebagai London Gold PM Price.

Pun begitu, fixing sebegini dilihat sebagai agak bermasalah seperti yang berlaku kepada Silver Fixing kerana dikhuatiri berlaku manipulasi dan kawalan harga. Silver Fixing sendiri telah diubah suai daripada ditentukan oleh conference call tiga buah bank yang terlibat kepada sistem eletronik yang dikendalikan Chicago Merchantile Exchange (CME). Baca selanjutnya disini.

Dijangkakan Gold Fixing menerusi konferens call ini akan juga menurut jejak Silver Fixing dengan ditukar kepada sistem elektronik pada Oktober nanti. Boleh baca disini.

Selain itu, antara yang menjadi rujukan juga ialah harga emas spot. Harga emas spot ini merujuk kepada harga emas fizikal yang telah dijual beli, dan ianya berubah-ubah mengikut supply and demand. Harga emas spot juga berbeza-beza mengikut negara. Harga emas fizikal di India tak sama dengan harga emas fizikal di China, juga berbeza dengan harga spot di London dan New York.

Namun begitu, harga emas spot yang selalu menjadi rujukan ialah spot gold di New York. Baca selanjutnya disini.

Harga emas terkini (setakat post ini ditulis)

Selepas harga emas berlegar sekitar $1,280-$1,320 se auns beberapa bulan lepas, harga emas kembali menjunam kepada sekitar $1,220-$1,230 sekarang, iaitu sekitar yang terendah sepanjang tahun ini. Ini berikutan nilai US Dollar yang meningkat berbanding matawang lain, menyebabkan emas fizikal di New York lebih mahal kepada kepada pembeli global seterusnya mengurangkan permintaan kepada emas.

Harga emas dilihat mempunyai sokongan sekitar $1,200 se auns kerana dijangkakan permintaan akan kembali pada harga ini. Sejak emas mengalami kejatuhan harga dari paras tertinggi pada $1,921, paras terendah yang pernah dicatat ialah sekitar $1,180 se auns iaitu sekitar Jun 2013.


Untuk graf harga emas, boleh rujuk disini.
Baca entri terdahulu tentang beberapa fakta menarik tentang emas


Rujukan:
http://www.goldpriceoz.com/london-gold-price-fixing.html

Sunday, 31 August 2014

Jom labur unit trust online di Fundsupermart!

Sekarang ini, kita sudah boleh mula melabur dalam unit trust secara online sahaja. Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan pelaburan unit trust secara online ini ialah laman web Fundsupermart.

Antara kelebihan menggunakan perkhidmatan Fundsupermart ialah anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk ke mana-mana kaunter untuk monitor perkembangan pelaburan anda. Apatah lagi di zaman teknologi serba canggih ini, hampir semua transaksi kewangan pun sudah boleh dilakukan secara online.

Selain itu, caj brokeraj juga lebih rendah iaitu pada 2% sahaja berbanding 5-6% sekiranya anda melabur melalui ejen-ejen unit trust. Bahkan, bagi pelabur baru di Fundsupermart, caj yang dikenakan hanya 1% sahaja untuk mana-mana dana amanah dalam sebulan pertama, tidak kira secara lump sum mahupun secara regular savings plan.

Di samping itu, segala maklumat tentang dana juga boleh anda dapati menerusi laman web tersebut, termasuklah prospektus dana yang mengandungi info seperti bagaimana wang anda dilaburkan dan juga kadar pulangan yang lepas.

Pun begitu, bagi yang masih baru dengan pelaburan unit trust, anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk memahami info yang disediakan dalam laman web tersebut, dan mungkin baik juga bagi anda untuk melabur melalui ejen sahaja.

Namun, khidmat Client Investment Specialist Fundsupermart juga boleh anda gunakan sekiranya anda ada apa-apa persoalan yang ingin diutarakan sekiranya ada apa-apa yang anda tidak faham.

Seterusnya, anda juga boleh memulakan pelaburan dengan wang serendah RM100 sahaja menggunakan Regular Saving Plan dalam dana amanah yang terpilih sahaja. Melalui plan ini, anda akan melabur menggunakan kaedah dollar-cost averaging yang mana anda akan memberikan komitmen untuk melabur minimum sebanyak RM100 setiap bulan.

Plan ini bagus kerana ia secara tidak langsung mendidik kita untuk melabur secara konsisten dan berdisiplin, sekali gus bertepatan dengan konsep yang kita bincang dalam post terdahulu, dan juga kepercayaan saya sendiri bahawa disiplin cukup penting jika mahu kumpul kekayaan.

Untuk memulakan pelaburan, dokumen yang diperlukan hanyalah salinan I/C anda sahaja beserta borang pembukaan akaun, manakala yuran pembukaan akaun adalah percuma. Akaun yang dibuka ini ialah akaun Fundsupermart, bukannya akaun pelaburan. Selesai akaun ini dibuka baharulah anda boleh mulakan pelaburan anda dengan memilih mana-mana dana yang anda suka.

Dan, bersempena dengan Hari Merdeka, Fundsupermart mengadakan promosi caj pelaburan serendah 0.57% sahaja untuk mana-mana dana amanah. Promosi ini akan berakhir pada 2 September ini.





































Untuk buka akaun, boleh klik disini.

Friday, 29 August 2014

Kenanga Syariah Growth Fund

Dalam post Tip Pengurusan Kewangan: Matlamat Pelaburan yang lepas, saya ada nyatakan tentang satu dana pertumbuhan (growth fund) yang cukup menarik minat saya kerana telah menunjukkan prestasi yang meyakinkan tidak kira sama ada dalam tempoh jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

Dana tersebut tidak lain tidak bukan ialah Kenanga Syariah Growth Fund.

Menurut prospektus berkenaan, matlamat pelaburan dana tersebut ialah untuk membantu pemegang unit untuk mengembangkan modal dalam tempoh jangka masa panjang dengan melabur dalam ekuiti yang patuh syariah sahaja.

Ianya sesuai untuk pelabur seperti berikut:

  • tempoh pelaburan yang panjang, tidak kurang 5 tahun
  • mempunyai profil risiko sederhana terhadap ketidaktentuan (baca "kerugian") dalam tempoh jangka masa pendek
  • cenderung kepada pelaburan yang patuh syariah
Langkah dan gaya pelaburan pengurus dana tersebut adalah seperti berikut:
  • melabur dalam syarikat yang mempunyai bisnes model yang bagus yang diniagakan pada harga diskaun berbanding nilai intrinsik syarikat tersebut (fundamental)
  • tidak menggunakan tactical asset allocation yang aktif 
Dah cakap banyak, jom kita tengok pula macam mana performance dana ini. Kadar pulangan yang lepas adalah seperti berikut:

  Tempoh Kumulatif Tahunan
  3 Bulan  1.9%         1.9%
  6 Bulan  6.6%         6.6%   
  1 Tahun 17.9%       17.9%
  3 Tahun 56.3%       16.0%
  5 Tahun 137.3%     18.9%
10 Tahun 310.1%     15.2%

Macam mana? Apa pendapat anda? Boleh tahan, kan? Prestasi dana ini bagi tempoh masa pendek dan panjang agak konsisten.

Kebetulannya, sejurus selepas post saya yang lepas, saudara Razali Razman blogger di Risalah Labur Niaga juga turut memuatkan satu artikel dalam blog beliau berkenaan prestasi Kenanga Syariah Growth Fund ini yang disifatkannya sebagai antara dana ekuiti yang terbaik. Beliau juga turut berkongsi tentang bagaimana dana tersebut dikawal selia.




Tuesday, 12 August 2014

Kadar dividen KWSP, Tabung Haji, Bank Persatuan, Bank Rakyat dan AHB

Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita sediakan bertujuan sebagai tempat pengumpulan aset pelaburan kita dalam matlamat untuk mencapai financial freedom. 

Menerusi kaedah yang saya syorkan, disiplin akan menjadi kunci utama kepada kejayaan anda kerana ia memerlukan komitmen anda untuk konsisten menabung setiap tahun dan juga untuk tidak mengeluarkan sebarang wang yang telah dilaburkan untuk tujuan lain.

Oleh yang demikian, disini saya kongsikan dan kumpulkan beberapa aset pelaburan yang boleh kita jadikan sebagai tempat tabungan kita beserta sejarah kadar dividen yang telah diumumkan sepanjang 10 tahun yang lepas.

Walaupun KWSP dan Tabung Haji merupakan satu instrument pelaburan yang mempunyai tujuan tertentu yang selain daripada untuk mencapai financial freedom, saya lampirkan juga disini sebagai pemudah cara untuk anda bandingkan kadar dividen yang diumumkan oleh pelaburan yang berlainan.

Termasuk juga dividen Bank Rakyat turut saya kongsikan disini walaupun peluang pelaburannya terhad.



Sumber:
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/about-epf/investment-highlights/dividend-ratesSumber:
http://1-million-dollar-blog.com/dividends/
http://nurussalamaziz.wordpress.com/2013/07/04/sejarah-dividen-amanah-hartanah-bumiputera-ahb/

Sunday, 10 August 2014

Tip Pengurusan Kewangan: Matlamat Pelaburan

Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat. Saya percaya bahawa sudah semakin ramai yang mula mendalami ilmu pengurusan kewangan lantaran desakan hidup yang semakin memuncak terutama bagi mereka yang tinggal di bandar. 

Tidak kurang juga bagi golongan muda terutamanya para graduan yang masih diperingkat awal dalam mencari hala tuju dan membina kehidupan yang selesa. 

Oleh yang demikian, saya tidak merasa hairan dengan minat yang timbul dalam kalangan muda-mudi untuk mendalami ilmu pelaburan, iaitu salah satu cabang dari ilmu pengurusan kewangan.

Baru-baru ini, kawan saya sendiri pun ada menyatakan hasratnya untuk melabur dalam pasaran saham dan bertanyakan bagaimanakah dia boleh mula melabur dan membuka akaun CDS (akaun untuk membeli saham). 

Dalam pada keinginan beliau untuk melabur, saya bertanyakan kepada beliau apa matlamat dia melabur dan kenapa dia ingin melabur. Jawabnya ringkas, "Saya mahu buat duit".

Sebagai pelabur, jawapan kepada persoalan diatas boleh jadi banyak sekali. Apa pun jawapannya, pelabur kena sedar bahawa mereka sebenarnya tidak boleh lari dari dua fasa pelaburan:
1) Fasa pengumpulan ataupun simpanan (accumulation)
2) Fasa bebas kewangan (financial freedom)

Pelabur hendaklah jelas bahawa matlamat utama seorang pelabur sebenarnya ialah untuk mencapai financial freedom. 

Financial Freedom
Apakah maksud financial freedom?  Financial freedom ialah satu fasa dimana seorang pelabur boleh meneruskan hidup normal tanpa perlu bekerja, iaitu mampu hidup berbekalkan dari hasil sumber pendapatan pasif dari pelaburan.

Berapakah aset pelaburan yang perlu dimiliki untuk dikira sebagai mencapai financial freedom? Jawapan kepada persoalan ini subjektif kerana ia bergantung kepada gaya hidup seseorang dan cara mereka berbelanja. 

Maka, boleh saya katakan bahawa tahap financial freedom bagi seseorang tidak sama bagi seorang yang lain, justeru anda hendaklah menilai bagaimana cara anda berbelanja kemudian buat satu target sendiri untuk anda capai berapa banyak aset pelaburan yang perlu anda miliki.

Berapa ramaikah dari kalangan pelabur yang berjaya untuk mencapai financial freedom ini? Rasanya sedikit sekali bilangannya berbanding mereka yang gagal keluar dari fasa pengumpulan untuk seterusnya mencapai financial freedom. Yang lebih teruk ialah mereka hidup dalam keadaan terkejar-kejar mencari kekayaan tanpa mereka sedari mereka sudah pun terjerumus dalam perangkap yang diinamakan sebagai "middle income trap".

Bagaimana nak jadi financial free?
Persoalan tentang bagaimana untuk mencapai financial freedom telah banyak dibincang dalam buku-buku pengurusan kewangan. 

Disamping ilmu-ilmu yang boleh anda dapatkan daripada buku tersebut, suka saya kongsikan apa yang saya faham tentang bagaimana untuk menjadi financial free.

Fasa Pengumpulan
Pertama, anda hendaklah mula menabung, menyimpan dan melabur dari sekarang untuk memulakan fasa pengumpulan harta anda. Namun, dalam fasa ini, matlamatnya ialah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin aset pelaburan anda (mengikut target yang ditetapkan anda) secepat mungkin.

Pada fasa ini, anda hendaklah memikirkan idea untuk bagaimana duit anda boleh bekerja lebih keras untuk supaya ia dapat berkembang secepat mungkin. 

Pelabur juga hendaklah faham tentang profil risiko dan untung dalam instrument pelaburan yang hendak digunakan. Tentu sahaja antara instrument yang boleh digunakan ialah dengan melabur dalam growth stocks dan unit trust jenis growth fund yang bermatlamat untuk mengembangkan aset dalam tempoh masa sederhana ke panjang.

Namun begitu, memandangkan ini adalah fasa pengumpulan, pelabur harus sedar bahawa risiko pelaburan dalam saham cirinya ialah ianya boleh menyebabkan kerugian kepada pelabur disebabkan volatility dalam pasaran saham. Oleh yang demikian, ciri ini jelas bertentangan dengan matlamat kita iaitu untuk mengembangkan aset pelaburan kita.

Dalam mendepani masalah ini, disyorkan kepada pelabur untuk menjadikan instrument yang kurang berisiko sebagai tempat simpanan dalam fasa pengumpulan ini, iaitu seperti saham bank koperasi Bank Persatuan mahupun Amanah Hartanah Bumiputera.

Pelabur juga tidak digalakkan untuk membuat withdrawal daripada pelaburan ini kerana itu bertentangan dengan matlamat fasa pengumpulan.

Pun begitu, ini tidaklah bermaksud kita tidak boleh melabur dalam saham walaupun risiko kerugian wujud dalam pelaburan saham.


Cadangan saya ialah supaya pelabur menggabungkan kedua-dua instrument itu. Gunakan saham untuk kembangkan aset secepat mungkin dan kumpulkan aset dalam instrument yang kurang berisiko kerugian. Ini juga mungkin bermaksud pindahkanlah keuntungan dari pelaburan saham ke pelaburan kurang berisiko untuk melindungi aset dari kerugian.

Di sebalik cadangan saya di atas, satu instrument yang sesuai dalam fasa pengumpulan ini tentu sahaja unit trust jenis growth fund kerana profil risiko dan untungnya yang sesuai dengan matlamat fasa pengumpulan.

Dengan melabur dalam growth fund, anda berpeluang untuk mengembangkan aset anda dengan cepat kerana wang terkumpul dalam growth fund biasanya akan menyasarkan growth stocks untuk dilaburkan. Kemudian, kerana ciri unit trust yang melabur dalam beberapa growth stock yang berlainan, iaitu antara 10-15 saham yang berlainan, ia sekaligus mengurangkan risiko menerusi kaedah diversification.

Growth fund pilihan
Dalam banyak-banyak growth fund yang ada dipasaran, ada satu growth fund yang cukup menarik hati saya. Nak tahu growth fund yang mana, nantikan post seterusnya. Insyaallah!


Monday, 20 January 2014

Kelas 20 Feb: Bond

Sekarang aku ada kelas hampir setiap hari. Betapa besarnya nikmat belajar. Aku suka belajar. Cuma yang dikesali ialah aku tak punya kekuatan untuk mengingati segala ilmu yang dipelajari. Sebab itu aku akan cuba kongsikan dalam blog ini ilmu yang dipelajari untuk aku rakamkan segala ilmu setakat yang termampu.

Antara point yang menarik dalam kelas 20 Feb ialah:
1) Market cap bagi bond/sukuk sangat besar berbanding equity market. Rationya lebih kurang 90:10. Ini adalah merujuk kepada market cap bagi sukuk/bond yang dilancarkan setiap tahun berbanding market cap bagi IPO setiap tahun. Patutlah sebelum ini Umair cakap specialist dalam sukuk dibayar gaji sangat mahal, tak hairan sebab bilangan specialist yang sedikit berbanding market cap yang besar. Cuba bayangkan suatu sukuk yang dilancarkan sebanyak RM500 juta, manakala bond issuer advisor dibayar sebanyak hanya 1%, ini bermakna advisor tersebut mendapat hasil sebanyak hampir RM500k bagi satu sukuk yang diterbitkan. Mr Ooi ada sebutkan bahawa ada satu syarikat yang specialist dalam advisory penerbitan bond/sukuk ni biasanya hanya menggunakan khidmat satu pasukan pekerja yang hanya memegang CFA level 1, tapi  sudah mampu menjana hasil yang sangat besar kepada syarikat. Sebelum ini aku pernah dengar Corporate Finance yang terlibat dalam IPO pun sudah bergaji besar, ini apakan pula yang bekerja dalam Debt Capital Market. $$$. Duit... Duit... Apapun, sebagai muslim, duit bukanlah segalanya, Allah itulah yang utama. Itulah selalu aku nasihatkan diriku yang sangat gilakan duit ini. Pahrol Juoi pun ada menyebut, "tak salah menjadi kaya asalkan kekayaan itu tidak menjadikan orang lain menjadi sangat miskin". Insyaallah akan aku pegang kata-kata ini.

2) Ringkasnya, bond ialah satu sijil yang memberikan pulangan tetap kepada pelabur secara tahunan dan pulangan balik modal apabila sijil sudah matang. Pulangan itu disebut coupon rate. Modal itu dipanggil principal value atau face value atau par value.

3) Biasanya, pihak yang akan isu bond ialah kerajaan, syarikat korporat dan juga personal bond. Biasanya pulangan tetap bond adalah bergantung kepada credit rating pihak penerbit yang biasa ditentukan oleh RAM agency ataupun MARC. Lagi baik credit rating bermaksud lagi rendah coupon rate yang akan diberikan kerana pihak penerbit ini dikira rendah risiko untuk default iaitu untuk tidak mampu memulangkan face value kepada pelabur. Sebaliknya, sekiranya credit rating rendah, issuer adalah sangat tinggi risiko maka hendaklah issuer membayar coupon yang tingggi kepada pelabur.

4) Di Malaysia, sekiranya issuer dikira sebagai credit rating yang rendah, dia masih boleh menerbitkan bond atau sukuk dengan credit rating yang tinggi dengan berurusan dengan DanaJamin. Semua bond yang diterbitkan secara bersama dengan DanaJamin diberi gred AAA, lantas mengurangkan kos kepada penerbit kerana coupon rate yang rendah yang perlu dibayar kepada pelabur, namun penerbit akan dikenakan fee yang perlu dibayar kepada Dana Jamin.

5) Bon ada yang bayar fixed coupon rate dan ada yang bayar floating rate. Sekiranya interest rate sesebuah negara dijangka akan naik, sebagai pelabur, yang manakah yang anda pilih? Fixed rate or floating rate. Sekiranya interest rate naik, coupon rate bagi floating bon juga akan naik, maka jika anda memilih fixed bon, anda akan rugi.

6) Coupon rate dengan yield rate berbeza. Walaupun bond tersebut membayar RM50 setahun( assume coupon rate 5% for a RM1000 face value bond), yield rate anda tak semestinya 5%. Yield rate anda akan bergantung kepada berapa harga beli bon tersebut, kerana harga bon pun ada turun naiknya bergantung kepada interest rate. Sekiranya interest rate naik, harga bon akan turun lantas akan menaikkan yield rate anda. Contoh, anda beli pada harga RM950 dan pada masa bon matang, anda dibayar RM1050( RM50 dividen + Rm1000 par value), maka yield rate anda ialah RM100/RM950(10.9%). Sekiranya anda beli pada RM1000, maka yield anda ialah 5%(RM50/RM1000).

Wednesday, 15 January 2014

CPO Futures Trading

Basically, trading in FCPO is quite easy because what drives the price in the long run is always its fundamental. By saying that it means what determine the price is always the supply and the demand of CPO. 

The largest producers of CPO in the world is Indonesia (top one) and Malaysia (ranked second). In Malaysia, we have ITS and SGS who will release data about the export of CPO to the importer country every 5 days. This will be a measure to gauge the demand of CPO. Better-than-expected or increasing in exports indicates demand is increased. 

Besides that, MPOB will also release data about the stockpiles of CPO produced in Malaysia every 10 days. Increasing in stockpiles indicates supplies is increased and thus will pressure the price. Hence, these two kind of data will be a measure of how the supply and demand of CPO.

Besides that, what makes Crude Palm Oil (CPO) an important commodity to the world is because this kind of oil is extensively being used in any kind of cooking materials whatsoever. Besides, it is among the commodities that produces a lot of oil yield, much higher compared to other commodities, having productivity cycle of 25 years from a tree.

Hence, among the factor to watch out if you are interested to trade in FCPO are as follows:
1) demand and supplies like being explained above
2) weather anomalies- bad weather will affect CPO crop and hence reduce the production (supply)
3) soybean development- us soybean can be regarded as the substitute for CPO, however, the relationship between these two is not as what you think. Simply speaking, both have correlated relationship where if soybean is doing well, most likely CPO will also be doing well. 

IOI Prop melonjak 25% hari pertama penyenaraian

IPO terbaru yang dilancarkan hari ini ialah IOI Properties Group yang menyaksikan ditutup pada harga 25% lebih tinggi daripada harga IPO.

http://www.fz.com/content/new-listing-ioi-properties-closes-25-rm315-debut

Untuk pengetahuan anda, MITI ada peruntukkan saham IPO untuk bumiputera, sekaligus memudahkan bumiputera untuk melanggan IPO yang biasanya peluang untuk melanggannya adalah tipis jika mengikut prosedur biasa. Bahkan, ada kemudahan pembiayaan disediakan (walaupun ada pros and cons) untuk pelabur.

IPO adalah antara cara paling senang untuk membuat untung dalam saham kerana potensi lonjakan harga pada hari pertama penyenaraian, walaupun ianya tidak selalunya untung, lantas memerlukan kepada analisis dsb. Pendek kata, dengan ilmu yang betul, ini adalah satu cara otai saham bumiputera membuat duit dalam pelaburan saham (fyi).

Untuk memohon peruntukan saham IPO miti, boleh daftar secara online di laman web miti.
http://sahamonline.miti.gov.my/

Tuesday, 14 January 2014

Melabur dalam syarikat asing

Pernah tak terfikir untuk melabur dalam syarikat asing seperti Facebook, Twitter, Google, Yahoo dan lain-lain? Baik anda fikirkannya, sebab syarikat-syarikat tersebutlah yang menjadi arkitek dalam ekonomi dunia sekarang ini. Syarikat tersebut mampu menjana keuntungan yang cukup besar, sekaligus menawarkan peluang pelaburan yang cukup baik kepada pelabur US mahupun pelabur dari negara luar.


Direct Investing
Untuk melabur dalam syarikat asing, anda bolehlah berhubung dengan mana-mana syarikat broker yang menawarkan peluang pelaburan di papan saham negara asing contohnya Affin Investment Bank. Pelaburan seumpama ini dinamakan sebagai direct investing.


Risiko

  • Exchange rate risk
  • Different accounting standard

Walaubagaimanapun, satu risiko yang anda hadapi apabila melabur secara direct investing ialah risiko turun naik matawang (exchange rate risk). Anda akan tidak selamat apabila matawang Malaysia mengukuh berbanding US, menyebabkan nanti apabila anda sudah menjual saham tersebut dalam USD, anda akan dapati nilai RM lebih mahal apabila anda ingin menukarnya kedalam matawang tempatan, lantas mengurangkan keuntungan pelaburan anda. Selain itu, accounting standard yang digunapakai oleh syarikat asing juga berkemungkinan besar tidak sama dengan dengan accounting standard tempatan, lantas menyukarkan anda untuk melakukan analisis fundamental terhadap balance sheet syarikat tersebut.


Depository Receipt
Untuk mengatasi masalah dan risiko tersebut, kaedah kedua untuk melabur dalam syarikat asing ialah menerusi Depository Receipt. Mekanisme depository receipt ialah seperti berikut:
-Syarikat asing (contoh Facebook)  akan melantik satu depository bank (custodian) didalam negara kita (sebagai contoh) untuk issue saham di pasaran tempatan mengikut ratio tertentu.
-Facebook mendeposit sebanyak 10 juta saham kepada custodian, tetapi custodian berhak untuk menentukan berapa banyak saham untuk diissue di pasaran saham tempatan, sebagai contoh issue sebanyak 20 juta iaitu pada ratio 2:1.
Dengan demikian, pelabur Malaysia tidak lagi menggunakan USD untuk melabur dalam Facebook, bahkan juga accounting standard Facebook yang disenarai di papan pasaran tempatan juga mestilah mengikut accounting standard yang diamalkan di Malaysia.

Global Registered Shares
GRS juga dikenali sebagai dual listing, bermaksud sebuah syarikat international didagangkan di dua pasaran saham yang berbeza seperti di US dan juga Malaysia.


Monday, 13 January 2014

Analisis pelaburan

Pendahuluan

Bagi seorang pengurus dana (fund manager), biasanya ada tiga faktor utama yang menentukan pulangan pelaburan sebuah portfolio pelaburan:
1) Asset allocation : Pembahagian modal pelaburan kepada beberapa jenis pelaburan yang berbeza seperti saham, bond, hartanah dan lain-lain
2) Securities selection : Pemilihan sekuriti (saham syarikat) yang betul dan berpotensi
3) Market timing : Penentuan masa untuk membeli atau menjual sesuatu saham

Dalam ketiga-tiga faktor diatas, asset allocation merupakan antara faktor yang terpenting, oleh itu seorang pengurus dana hendaklah mempunyai strategi tersendiri dalam pembahagian modal pelaburan iaitu berapa peratuskah daripada dana terkumpul disalurkan dalam pelaburan saham, terbitan bon dan sebagainya.

Ke mana nak labur?
Biasanya juga, keseluruhan besar dari dana tersebut akan dilaburkan ke dalam SAHAM. Kenapa? Kerana pada zaman moden ini kekayaan dihasilkan melalui bisnes-bisnes korporat, berbanding pada zaman dahulu orang menjadi kaya melalui industri pertanian mahupun industri perkilangan. Sekarang, orang-orang kaya semua mempunyai saham/syarikat. Tengok sahaja Warren Buffet dll.

Jadi, bagaimanakah pula syarikat korporat ini menghasilkan keuntungan? Syarikat korporat ini menjana keuntungan kerana pasaran tidak efisyen, bermaksud pasti tiada mana-mana pihak, baik penjual atau pembeli akan mengetahui NILAI sebenar sesuatu produk atau servis. Sekiranya kedua-dua penjual dan pembeli mengetahui NILAI sebenar sesuatu produk, pasaran disebut sebagai efisyen dan tiada keuntungan boleh dijana oleh penjual.

 Kenapa? Kerana, jika seorang pembeli tahu NILAI sebenar sesuatu produk sedangkan HARGA yang dijual oleh penjual melebihi NILAI tersebut (kerana penjual mahukan keuntungan), sudah tentu pembeli tidak akan membeli pada HARGA yang lebih tinggi daripada NILAI produk tersebut kerana ini pasti merugikan pembeli tersebut. Sekiranya ini berlaku, sudah tentu syarikat tidak boleh buat duit.

Sekarang, kita faham bahawa pengurus dana akan melabur dalam saham syarikat kerana disitulah lubuk duit yang menjana kekayaan. Timbul persoalan, adakah bon juga menjana kekayaan? Adakah orang menjadi kaya dengan sekadar melabur dalam bon?

Negara mana nak labur?
Sekarang kita tahu saham boleh buat duit. Kita juga tahu ada lebih 100 pasaran saham dalam dunia. US, China, Jepun, Korea, Itali, Sepanyol dan seterusnya, masing-masing mempunyai pasaran saham tersendiri. Jadi, macam mana nak pilih negara yang terbaik untuk pelaburan?

1) Pertama, kita lihat berapa peratuskah sumbangan KDNK negara tersebut kepada keseluruhan KDNK dunia. Lagi tinggi KDNK negara tersebut, bermakna lagi besarlah sumbangan negara tersebut kepada ekonomi dunia keseluruhannya.
2) Kedua, kita lihat market capitalization pasaran saham negara tersebut, iaitu berapakah nilai pasaran saham tersebut.
3) Negara yang baik untuk dilaburkan ialah negara yang mempunyai KDNK yang tinggi tetapi rendah market capitalization. Dengan kata lain, negara tersebut mempunyai NILAI yang tinggi, tetapi dinilai pada HARGA yang rendah. Nampak tak apa perbezaan antara NILAI dan HARGA kat situ?

Menurut data tahun 2007, nilai KDNK dan market capitalization dunia adalah terbahagi kepada yang berikut:
Negara                      KDNK             Market Caps
United States             21.3%              43.4%
Emerging markets      43.7%               10.9%
EU                            16.1%              13.3%
UK                            3.3%                8.3%
Japan                         6.6%                10.8%
Canada                      2.0%                 3.8%
Other Asia                 3.7%                 4.3%
Other Europe             3.3%                 5.2%

Jadi tak hairanlah kan kenapa dalam berita selalu diberitakan perhatian kepada emerging market, kan?

Friday, 6 December 2013

Terkini pelaburan emas

Fakta ringkas tentang pelaburan emas:
1) Emas telah mencatatkan keuntungan tahunan selama 12 tahun berturut-turut sebelum ini dengan jumlah pulangan sebanyak 515.4% (naik dari US$272.5 kepada US$1675.35) bagi tempoh tersebut, ataupun sebanyak 16.35% setahun. Namun, pada tahun ini sahaja, emas mencatatkan penurunan sebanyak 25.7% kepada US$1243.97 seauns dan ianya juga satu-satunya instrument pelaburan aset yang rugi pada tahun ini berbanding saham, bond, dan lain-lain.

2) Harga emas pernah merudum sebanyak 50% iaitu dari tahun 1974 hingga 1976 iaitu dari US$200 kepada US$100 seauns. Tetapi selepas itu, emas kembali melonjak kepada US$860 seauns pada tahun 1980, iaitu peningkatan melebihi 800%.

3) Dalam tempoh kejatuhan harga pasaran emas kebelakangan ini, Wall Street sebaliknya berada dalam keadaan 'bullish' bagi 56 bulan sudah dan prestasi ini jauh mengatasi keadaan pasaran yang 'bullish' pada tahun 2000 dan 2007 yang lepas.

4) Dalam keadaan pasaran emas yang tidak menentu ini, bank-bank pusat (central banks) telah secara konsisten menjadi net buyer kepada komoditi emas.

5) Lebihan emas di pasaran telah memuncak dan mencapai paras tertinggi sejak 2005 iaitu dengan jumlah sebanyak 289 tan emas. Ianya disokong oleh kenaikan tawaran sebanyak 3% y-o-y dan penurunan permintaan sebanyak 24% y-o-y.

6) Negara pengguna emas tertinggi dunia, India dijangka akan mengurangkan import emasnya kepada sekadar 73 tan emas pada suku keempat tahun ini di atas kawalan ketat dari Kerajaan India. Ini bakal menyaksikan negara China dengan mudahnya akan merampas kedudukan India sebagai negara pengguna emas tertinggi di dunia.

Pasaran emas tempatan:
1) Disebalik penurunan harga emas, minat belian kepada komoditi mewah ini masih tinggi dikalangan rakyat tempatan. Semasa keadaan memuncak, 35,000 pelabur telah melabur sebanyak hampir Rm10 billion dalam skim emas yang ditawarkan Genneva Malaysia Sdn Bhd tidak berapa lama dahulu yang sekarang telah pun diharamkan oleh Bank Negara Malaysia.

2) Jualan emas tahun ini juga meningkat berbanding tahun lepas. Menurut CEO Nusantara Bullion Exchange Sdn Bhd, hasil jualan emas syarikat tahun lepas adalah sebanyak RM42juta namun pada tahun ini sudah mencapai kepada RM73juta, iaitu hampir dua kali ganda jualan tahun lepas.

3) Menurut beliau lagi, harga sekarang sudah mendekati kos pengeluaran emas. Ini bermaksud harga emas sudah mendekati paras yang paling bawah penurunan harga dan telah ada beberapa syarikat pelombong emas yang terpaksa gulung tikar kerana sudah tidak mampu untuk menampung kos pengeluaran emas.

Ulasan:
1) Harga emas global jatuh kerana permintaan global kepada emas merudum. Hal ini kerana para pelabur terpaksa berpindah dari emas kepada aset pelaburan yang lain seperti saham kerana 'bullish factor' dalam pasaran saham. Mereka terpaksa mengikut trend ini bagi mengekalkan untung pelaburan mereka disamping bagi mendapatkan dividen dalam pelaburan saham berbanding pelaburan emas yang tidak menghasilkan sebarang pulangan.

2) Disebalik ketentuan pasaran, dan dengan kejatuhan harga emas yang mencecah hampir 1/3 dari harga tertinggi, pelabur emas sudah mula boleh mengintai peluang dan masa yang tepat untuk kembali masuk dalam pelaburan emas dari pelaburan saham. Saya percaya, seperti yang disebutkan tadi, penurunan harga emas sekarang adalah sekadar 'correction' yang panjang gara-gara permintaan yang melampau sewaktu masa puncak kenaikan harga emas.

3) Dengan pasaran saham yang sudah agak terlalu baik dan 'over-priced', pasaran saham bila-bila masa akan jatuh kembali mengikut kepada trend cyclic period dalam ekonomi. Ditambah lagi dengan indeks FBMKLCI sendiri pun sudah mencatatkan all-time new high dalam market siang tadi yang ditutup sekitar 1826.

p/s: Tulisan ini adalah terjemahan dan diedit daripada analisis daripada theedge malaysia.

Friday, 22 November 2013

Tanyalah Ustaz: Bahana Riba oleh Ustaz Zaharuddin Ab Rahman

Bismillah

Disini ingin saya kongsikan video program Tanyalah Ustaz episod Bahana Riba yang menampilkan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Episod ini bersiaran ke udara kira-kira dalam bulan lepas. Saya hanya sempat menonton episod satu sahaja secara live, setelah dibuat carian google akhirnya ketemu jua kesemua episod tersebut. Buat yang tercari-cari video ini, dipersilakan menonton dan ambillah mutiara ilmu yang berharga daripada UZAR.

p/s: Dah cari video ni dalam tonton, tapi tak jumpe... Selamat Menonton...  =)



 


 


 

Thursday, 12 September 2013

Panduan memilih unit trust @ dana amanah

Bismillah.

Terdapat pelbagai faktor yang harus dipertimbangkan dalam memilih dana amanah. Namun dalam banyak-banyak faktor tersebut, faktor paling asas ialah berapa PULANGAN unit trust tersebut dapat bagi kepada pelabur. Kerana disebabkan ingin untung lah seorang pelabur melabur, maka apa yang diharapkan oleh pelabur tidak lain hanyalah mendapat pulangan yang BERBALOI dari pelaburannya.

Saya percaya masih ramai lagi pelabur di luar sana yang tiada ilmu paling asas untuk menentukan dana amanah apa yang bagus untuk dilaburkan. Disini ingin saya kongsikan panduan asas dalam memilih dana amanah tapi bermakna bagi siapa yang langsung tiada ilmu pelaburan unit trust.

1) Rujuk senarai dana amanah yang dikeluarkan oleh Lipper Leaders setiap bulan. Anda boleh rujuk di laman web myunittrust.info atau terus klik link ini. Senarai Lipper Leaders. Di sana ada dana-dana yang mempunyai prestasi yang cemerlang mengikut kajian Lipper Leaders, yang dipecahkan mengikut tempoh waktu pelaburan seperti 3 tahun (pendek), 5 tahun (sederhana) dan 10 tahun (panjang) dan juga terbaik kseluruhan. Sekiranya anda dihubungi ejen untuk membuat pelaburan dalam sesuatu dana amanah, rujuk senarai ini dahulu supaya sekurang-kurangnya anda dapat memastikan dana amanah yang ditawarkan itu mempunyai potensi yang baik untuk dilaburkan. Ataupun, pilih sahaja mana-mana dana yang telah sedia ada dalam senarai itu kemudian barulah request dengan ejen anda untuk membuat pelaburan.



-Lipper leaders overall as at 30th August 2013-


2) Setelah anda telah menetapkan dana amanah mana yang anda ingin laburkan, langkah kedua ialah pastikan yang dana tersebut patuh syariah. Anda boleh rujuk di laman web Securities Commission Malaysia atau terus klik disini. Senarai Unit Trust Patuh Syariah.


-sebahagian syariah compliant unit trust-


3) Jika panduan (1) dan (2) telah selesai, langkah seterusnya ialah untuk menjangka berapa banyak pulangan yang ditawarkan oleh dana amanah tersebut. Langkah ini ialah sekadar untuk menguatkan keputusan anda bahawa pilihan anda ialah betul. Langkahnya ialah dengan membuat carian historical performance di GOOGLE iaitu dengan menaip "nama dana" + "bloomberg". Sebagai contoh, kita ambil AMB Dana Arif sebagai sampel ujikaji. Rujuk gambar di bawah.



4) Kemudian klik sahaja pada senarai carian yang paling atas iaitu data-data AMB Dana Arif yang disimpan di laman web Bloomberg. Rujuk gambar di bawah.


Dari sini kita dapat lihat purata pulangan tahunan yang dicatatkan oleh AMB Dana Arif bagi tempoh 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. INGAT! Ini ialah pulangan tahunan bukannya JUMLAH pulangan bagi tempoh yang tersebut. Jadi, katalah anda buat pelaburan bermula 5 tahun lepas, purata pulangan setahun anda ialah 6.65% maka jumlah pulangan kasar bagi pelaburan 5 tahun anda ialah sebanyak 30%. Andaikan juga anda melabur RM1000 pada lima tahun yang lepas, secara kasar nilai duit anda sekarang ialah sebanyak RM1300 secara anggarannya. Eh! Macam sikit je. Ikhlasnya, saya pun tidak tahu bagaimana Lipper Leaders menentukan dana-dana yang berprestasi tinggi, oleh yang demikian anda dinasihatkan untuk memilih lain-lain dana yang disyorkan Lipper Leaders dan membuat  kajian demi kajian dengan bertanya kepada Pak Cik Google yang dikasihi.

5) Bagi mengukuhkan hasil dapatan, buat kajian silang dengan merujuk laman web morningstar. Caranya sama sahaja dengan cara kita rujuk dalam bloomberg sebentar tadi. Dan hasilnya seperti berikut:


Kita boleh saksikan ada sedikit kelainan antara data yang dipersembahkan oleh bloomberg dan morningstar, namun tidaklah begitu ketara. Yang menariknya, anda dapat saksikan bagaimana wang anda berkembang melalui rajah graf yang disediakan di morningstar dan juga sama ada dana tersebut lebih baik daripada pulangan pasaran secara keseluruhan bagi tempoh yang sama. Ternyata AMB Dana Arif berjaya mengatasi kedua-dua kategori Islamic Bond dan Indeks Citigroup ESBI Malaysia.

Mungkin AMB Dana Arif yang dijadikan contoh bukanlah contoh yang baik dalam menunjukkan pulangan yang memuaskan. Namun, menggunakan panduan yang saya sediakan, satu dana amanah yang saya rasa bagus adalah Kenanga Islamic Fund. Rujuk gambar di bawah.



Nota tambahan:
1) Untuk data pulangan tahunan, saya lebih yakin dengan morningstar berbanding bloomberg memandangkan anda konsistensi antara data dan graf yang dipamerkan, sekadar mengikut pandangan kasar saya.

2) Prestasi lepas tidak menjanjikan pulangan yang sama untuk masa depan. Ianya sekadar satu indikator kepada prestasinya. Oleh kerana market sentiasa naik turun, dana yang memberikan pulangan tahunan yang tinggi bagi tempoh masa yang panjang membuktikan konsistensi prestasi sesebuah dana.

3) Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pulangan pelaburan termasuklah timing dan lain-lain risiko.

4) Penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan maklumat yang disampaikan. Ianya sekadar panduan asas kepada yang langsung tiada ilmu pelaburan.

5) Jemput baca entri lepas berkenaan pelaburan unit trust:

6) Dapatkan e-book panduan unit trust dengan klik banner di bawah!










Wednesday, 5 June 2013

IPO Leon Fuat Bhd patuh syariah

Berikut merupakan screenshot daripada facebook BIMBSEC berkenaan status syariah IPO Leon Fuat yang baru sahaja disenaraikan hari ini.



Dalam screenshot diatas, dinyatakan bahawa Leon Fuat adalah patuh syariah sehinggalah SC mengeluarkan senarai terkini sekuriti yang patuh syariah.

Macam mana nak tahu status syariah compliance IPO?

Bismillah.

Dalam pelaburan saham, faktor yang paling penting untuk diberi perhatian oleh pelabur muslim tentulah status syariah compliance sesuatu syarikat yang ingin dilaburkan. Tentunya kita tidak mahu rezeki yang kita dapat adalah dari sumber yang haram. Alhamdulillah, dengan kewujudan dan usaha Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, para pelabur di Malaysia boleh mengetahui sama ada satu-satu syarikat itu patuh syariah atau tidak dengan senang.

Buat pengetahuan semua juga, senarai terbaru untuk saham patuh syariah dan yang telah patuh syariah tapi dikategorikan semula sebagai tidak patuh syariah telah dikeluarkan oleh SC 31 Mei 2013 yang lepas. Anda boleh ke link ini untuk menyemak status saham yang anda pegang. 2013 List of Syariah Compliant Securities.

Itu boleh dikatakan very straight forward. Cukup senang. Namun, bagaimana pula untuk mengetahui status patuh syariah bagi IPO? Hal ini kerana kebiasaannya untuk mengetahui status patuh syariah sesuatu syarikat itu mengambil masa yang agak lama dan boleh memakan masa selama beberapa bulan. Maksud saya, pengumuman yang dibuat oleh SC tentang status ini kebiasaannya adalah selepas daripada tarikh penyenaraian IPO tersebut.

Perkara ini akhirnya merumitkan pelabur Muslim memandangkan IPO merupakan salah satu kaedah yang popular untuk mendapat untung dari pelaburan lebih-lebih lagi jika yang disenaraikan itu adalah syarikat yang mempunyai prestasi yang bagus.

Menurut blogger kewangan pakdi, panduan untuk mengetahui status patuh syariah IPO antara lain ialah dengan:
i) Membuat penyelidikan ke atas prospektus IPO tersebut  yang mungkin ada disebutkan di dalam prospektus tersebut perihal syariah compliance. Prospektus IPO ini biasanya tidaklah begitu sukar untuk mendapatkannya kerana pelabur boleh mendapatkannya secara online sahaja.
ii) Sekiranya tidak dinyatakan di dalam prospektus tersebut, pelabur boleh merujuk kepada syarikat broker seperti BIMBSEC.
iii) Kalau masih tidak pasti juga, beliau menyarankan pelabur untuk menangguhkan dahulu untuk melabur dalam IPO tersebut.

Sebagai tambahan, untuk mendapatkan status syariah IPO daripada BIMBSEC, anda boleh terus lawati page facebook BIMBSEC. Berikut antara screenshot yang saya dapati berkenaan pengumuman mengenai status syariah IPO:




Sebenarnya, inilah pertama kali saya menyedari kewujudan BIMBSEC ini. Kebiasaannya saya lebih familiar dengan OSK188, Jupiter, Maybank, Kenanga Investment dan lain-lain. Sebelum ini pernah juga terfikir tiadakah stockbroker yang beroperasi secara Islamik, yang boleh memandu pelanggannya untuk melabur secara halal. Bukanlah maksud untuk merendahkan stockbroker lain, tetapi andai wujud stockbroker yang mengambil berat akan bagaimana pelaburnya boleh melabur secara halal dan beretika, kan bagus? 

Yang menyedihkan ialah tidak ramai yang menyedari kewujudan mereka, apatah lagi melanggan khidmat nasihat dari mereka. Page facebook mereka pun mempunyai berapa kerat sahaja liker. Cukup sadis, bukan?


Friday, 31 May 2013

Dividen itu untung?

Memandangkan Public Mutual baru saja mengumumkan dividen bagi 7 dananya semalam, mood saya untuk bercerita tentang amanah saham juga semakin meningkat. Apapun, mari saya teruskan dengan sedikit perbincangan yang bermula dengan satu soalan.

Dividen itu untung?

Satu persoalan yang bagi saya perlu diajukan kepada para pembaca. Tentulah bagi semua orang, dividen merupakan sesuatu yang baik kerana kita diganjarkan dengan ganjaran wang. Namun, bukan semua dividen itu mencerminkan keuntungan. Benarkah? Jawab saya, ya.

Sebenarnya, perkara paling pertama yang perlu dilihat ialah nature pelaburan kita. Pelaburan yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk kita mendapatkan keuntungannya. Contohnya, main saham cara dapatkan untungnya berbeza dengan untung dari pelaburan emas yang juga berbeza dari pelaburan saham koperasi, pelaburan hartanah dan lain-lain. 

Justeru, pada kali ini suka saya berkongsi mengenai keuntungan dalam pelaburan amanah saham. Dalam amanah saham ini sendiri pun sebenarnya terdapat beberapa cara mendapatkan untung yang berbeza bergantung kepada objektif pelaburan pelabur dan juga objektif dana tersebut.



Berbalik kepada persoalan kita, dividen itu untung ke? Tidak. Kerana dividen yang diagihkan akan menyebabkan harga dana tersebut susut. 
Contoh: Harga dana (NAV) sebelum dividen diagihkan ialah RM1.00. Kemudian, selepas diumumkan dividen sebanyak 10 sen bakal diagihkan kepada pelabur, harga dana(NAV) sebenarnya akan jatuh  kepada RM0.90 sen sejurus selepas agihan dividen dibuat.

Justeru apakah kesan kepada pelabur?
Jom kita buat study case.

Ahmad melabur dalam dana ini pada harga RM1.00 iaitu sebelum dividen diumumkan dengan nilai sebanyak RM1000. Dengan amaun sebanyak ini, Ahmad akan mendapat sebanyak 1000 unit. Kemudian, apabila diumumkan dividen sebanyak 10 sen, nilai pelaburan Ahmad turun kepada RM900 kerana harga dana telah turun kepada RM0.90 sen seunit (Ahmad ada 1000 unit). Dividen yang ahmad akan dapat pula ialah sebanyak RM100 iaitu (RM0.10 x 1000 unit). Jadi, nilai terkumpul pelaburan ahmad tetap pada RM1000. Tiada keuntungan pun sebenarnya.

Cuma, apa yang menjadi kelebihan kepada Ahmad ialah Ahmad dapat buat reinvestment menggunakan dividen yang diberikan pada harga yang lebih rendah. Menggunakan RM100 itu tadi, Ahmad akan mendapat sebanyak kira-kira 111 unit tambahan (RM100 bahagi RM0.90). Akhirnya, unit terkumpul pelaburan Ahmad ialah sebanyak 1111 unit pada harga RM0.90 iaitu masih pada RM 1000. 

Namun, walaupun nilai pelaburan masih pada RM1000, tapi unit yang dipegang sudah berbeza. Jika sebelum dividen diagihkan Ahmad hanya mempunyai sebanyak 1000 unit, selepas dividen diagihkan Ahmad mempunyai sebanyak 1111 unit. 

Kesan daripada ini ialah satu sen kenaikan harga dana selepas agihan dividen memberikan keuntungan yang lebih besar berbanding satu sen kenaikan sebelum agihan dividen. Iaitu bagi setiap satu(1) sen kenaikan sebelum tarikh agihan, Ahmad akan mendapat untung RM10 (RM0.01 x 1000 unit) walhal selepas tarikh tersebut, satu sen kenaikan memberikan untung sebanyak RM11.11 (RM0.01 x 1111 unit).

Bagaimanakah pula kalau dividen yang diberikan melebihi 10 sen? Jom kita andaikan dividen yang diagihkan sebanyak 15 sen. Dividen 15 sen seunit menghasilkan jumlah dividen sebanyak RM150 yang kemudian jika dibuat reinvestment pada harga RM0.85 memberikan tambahan unit sebanyak 176 unit (RM150 bahagi RM0.85). Unit terkumpul yang bakal dipegang Ahmad selepas agihan ialah sebanyak 1176 unit. Jadi, 1 sen kenaikan harga dana selepas agihan memberikan keuntungan sebanyak RM11.76.

Oleh yang demikian, semakin besar dividen yang diberikan memberikan kesan yang lebih besar kepada setiap satu sen kenaikan harga dana (NAV) selepas dari agihan dividen diberikan.Namun begitu, kesan ini tidak sahaja terhad kepada kenaikan harga dana. Ia juga tertakluk sama terhadap penurunan harga dana. Namun, apa yang hendak ditegaskan sekali lagi ialah dividen tidak memberi keuntungan secara nominal terhadap nilai pelaburan namun ianya memberi kesan terhadap keuntungan/kerugian hasil daripada pergerakan harga NAV selepas dari agihan dividen dilakukan dengan syarat pelabur melakukan reinvestment.


Dividen Public Ittikal (2013) 5 sen seunit

Semalam, Public Mutual telah mengumumkan agihan dividen untuk 7 dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2013. Antara lain dana yang menjadi perhatian saya tentulah Public Ittikal di mana bakal membuat agihan sebanyak 5 sen seunit bagi para pelaburnya.

Bagi lain-lain dana yang turut sama diumumkan agihan dividennya semalam, anda boleh lihat dividen dana-dana tersebut pada gambar di bawah.


Dividen 7 dana yang diumumkan semalam

Buat pengetahuan anda, dividen dana Public Ittikal pada tahun ini sedikit menurun berbanding tahun lepas (2012) iaitu sebanyak 5.25 sen seunit. Namun, jika dibandingkan pada tahun 2011 dan sebelumnya, dividen dua(2) tahun kebelakangan ini jauh lebih rendah di mana pada tahun 2011 dividen yang diagih adalah sebanyak 8 sen seunit.

Apa yang aneh ialah agihan yang dibuat sebanyak 5 sen seunit ini dilihat tidak selari dengan performance dana ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2013 dimana prestasi dana mencatatkan kenaikan sebanyak lebih kurang 18%. 

Ianya dikira berdasarkan harga dana tahun ini berbanding harga tahun pada tahun lalu iaitu pada 1 Jun 2012 harga dana (baca NAV) ialah RM0.81 manakala pada 30 Mei 2013 harganya ialah RM0.96. Jadi kenaikan ialah sebanyak 18% (0.15/0.81 x100%).

Kenaikan sebanyak 18% ini sebenarnya prestasi yang amat memberangsangkan bagi satu-satu dana. Apa yang menyumbang kepada kejayaan ini tentulah faktor pasaran semasa yang dilihat agak kukuh walaupun disaat ketidaktentuan pasaran diwaktu pilihanraya umum yang lepas. Bahkan, indeks pasaran (KLCI) juga sebenarnya berjaya mencatatkan indeks tertingginya dalam sejarahnya baru-baru ini iaitu sejurus selepas pilihanraya yang diadakan 5 Mei lalu.

P/s: Ruginya saya keluarkan duit saya dari dana ini tahun lepas.

Friday, 25 January 2013

Sukuk Dana Infra: Sukuk pertama boleh dilanggan orang awam di Malaysia

Bismillah...

Sukuk dana infra telah dilancarkan baru-baru ini. Ianya merupakan sukuk pertama yang boleh dilanggan orang awam di Malaysia dan menurut satu blog yang saya baca, ia telahpun ditutup untuk langganan pada 18 Januari yang lepas. (rujuk disini). 

Sukuk ini adalah satu jenis bon yang patuh syariah. Sama juga macam produk takaful iaitu satu jenis produk insurans yang patuh syariah. Pecahan sebegini sebenarnya bagus kepada masyarakat umum kerana mudah untuk kita mengenal pasti produk mana yang patuh syariah dan yang mana tidak. Lantas memudahkan masyarakat muslim yang cakna dengan halal haram muamalah mereka tidak kurang juga yang cetek pengetahuan tentang muamalah islam, dapat mengenal pasti produk patuh syariah dengan senang!

Memandangkan tempoh tawaran telahpun ditutup, penjualan ini akan dibuka semula pada 8 Februari akan datang. Kalau tak silap, tawaran yang ditutup itu sama saja macam IPO bagi saham-saham. Ini prosedur biasa bagi syarikat yang mula-mula ingin lancarkan saham atau sukuk mereka kepada orang awam. Pendek kata, IPO ini adalah proses jual beli saham dari syarikat kepada pelabur (orang awam). Sekiranya tempoh tawaran IPO ditutup, ia akan dibuka kembali untuk langganan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Bagi Sukuk Dana Infra ini langganan boleh dibuat semula pada 8 Februari nanti seperti yang saya beritahu sebelum ini. 

Bezanya dengan IPO ialah sesiapa yang melanggan kali ini bukanlah melanggan terus dengan syarikat terbabit, tetapi dengan membeli beberapa unit dari mana-mana pelabur yang telahpun memiliki saham/sukuk itu menerusi langganan IPO tadi.Namun pelabur IPO berpeluang untuk mendapat untung yang besar sekiranya pada hari pertama penyenaraian, permintaan (demand) untuk saham tersebut tinggi yang menyebabkan harganya akan menaik. Maka, pelabur tadi dapatlah menjual dengan harga yang lagi tinggi dari harga IPO itu.

Sukuk ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai instrumen pelaburan yang kurang berisiko, lagi rendah daripada risiko pelaburan saham kerana ia menjanjikan dividen ataupun disebut dengan kupon (keuntungan). Justeru, turun naik harganya bukanlah mendadak sangat lantas kenaikan harga biasanya bukan menjadi sasaran utama pelabur (walaupun ia masih boleh dijadikan salah satu cara untuk mendapatkan untung daripada pelaburan jenis ini). Biasanya, harganya akan menaik apabila interest rate sesebuah negara menurun dan harganya akan menurun jika sebaliknya yang berlaku.

Monday, 13 August 2012

Asas pelaburan emas

Merujuk kepada satu ruangan komen dalam satu entry oleh blogger sharinginfoz, rasa rugi sangat apabila ramai dari kaki-kaki komen menyatakan bahawa mereka tidak faham dengan pelaburan emas. Mungkin juga mereka ini sekadar merendah diri, namun jika benar apa yang dikatakan, ini adalah satu kerugian yang amat besar kerana ilmu tentang pelaburan emas ini merupakan satu ilmu yang amat berguna dan bermanfaat dalam kehidupan. Bukankah salah satu maqasid syar'iyyah (tujuan-tujuan syariat) itu salah satunya adalah untuk menjaga harta. Secara ringkas, hukuman hudud bagi pencuri adalah kerana Islam menitikberatkan tentang penjagaan harta seseorang dan ianya tidak boleh berpindah milik kepada orang lain secara paksa dan mengikut jalan-jalan yang batil. Harta itu hendaklah berpindah milik hanya dengan jalan-jalan yang sah disisi syariah.

Oleh yang demikian, menyedari bahawa menjaga harta adalah salah satu tujuan syariah, seeloknya kita pun hendaklah mempelajari ilmu tentang bagaimana untuk menguruskan harta kita. Mungkin saja, sekiranya kita terlalu banyak mendengar tentang skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh tertentu, dan akhirnya kita pun tertarik sama untuk melabur, hanya ilmulah yang bisa membantu kita untuk mengenali sama ada pelaburan ini betul ataupun sekadar "scam" atau penipuan. Lebih dari itu, pelaburan emas ini juga hendaklah mengikut syariah kerana ia merupakan salah satu item ribawi dalam Islam. Secara ringkas, item-item ribawi ini perlu dikendalikan segala transaksinya mengikut kaedah-kaedah Islam kerana jika salah caranya boleh jadi berlaku riba dalam transaksi tersebut.

Adapun pada kali ini, saya hanya ingin bercerita tentang pelaburan emas yang paling asas. Apabila disebutkan pelaburan, sudah tentu ia bermaksud kita melabur sejumlah wang dengan harapan untuk beroleh untung. (Emas ini boleh jadi dalam bentuk jongkong emas dengan berat-berat tertentu ataupun juga dalam bentuk dinar yang beratnya ialah 4.25 gram.) Sekiranya ianya membawa kerugian, bukanlah ia pelaburan yang berbaloi. Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk membuat untung melalui pelaburan emas? Yang paling asas, untuk membuat keuntungan melalui pelaburan emas ialah melalui membeli emas pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang lagi tinggi, dan perbezaan harga yang kita beli dan jual balik itu menjadi untung bagi kita. Ianya lebih sama juga dengan pelaburan saham dan amanah saham (unit trust), namun kedua-dua cara ini juga menawarkan keuntungan melalui pemberian dividen-dividen dan bonus-bonus yang diisytiharkan oleh syarikat tersebut berbanding pelaburan emas yang BIASANYA tidak menawarkan dividen.

Jadi, sekarang persoalannya ialah bagaimana pula untuk menjual emas yang kita sudah beli? Jawabnya ialah ia boleh sahaja dijual kepada sesiapa sahaja yang mahukan emas tersebut kerana emas ini mempunyai nilai intrinsik iaitu semua orang mahukan emas dan kerana ianya juga simbol kekayaan, inilah yang memberikan nilai itu kepada emas. Lebih daripada itu, emas juga sukar didapati di tempat-tempat biasa dan ia memerlukan usaha-usaha tertentu untuk mendapatkannya (baca lombong). Inilah yang memberi nilai kepada emas dan menjadi faktor kenapa semua orang mahukan emas.
gambar hiasan

Selain dari itu, paling senang ialah kita menjual balik emas yang kita beli itu kepada ejen-ejen yang menjual kepada kita. Disinilah tempat yang paling ramai orang tak faham. Analoginya yang mudah ialah sekiranya anda membeli sesuatu barang (contoh kereta), dan selang beberapa minggu kemudian anda ingin jual balik kerana sebab-sebab tertentu, bolehkan anda jual balik pada harga yang sama? Sudah tentu tidak. Dan biasanya kalau kereta itu, apabila keluar sahaja ia dari bilik pameran kereta itu, nilainya sudah tidak sama dengan kereta-kereta yang sama yang masih dalam bilik pameran dan harganya akan jatuh sedikit.

Begitu jugalah dengan emas, biasanya ejen-ejen emas ini akan membeli balik emas daripada anda pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dia jual pada waktu itu. Inilah dinamakan spread. Anda boleh juga baca tentang spread ini dalam post yang lepas. Klik sini. Apa yang anda perlu tahu sebelum beli dinar. Dan apa yang penting, spread ini hanya termaktub antara anda dengan ejen, bukannya antara anda dengan pembeli-pembeli runcit yang lain. Sebab itu, seeloknya sekiranya anda menjual balik bukan kepada ejen, seeloknya juallah ia pada harga tengah antara harga jual dan harga beli dari ejen tersebut kerana ia boleh dijadikan kayu ukur sebagai harga pasaran. Anda juga harus INGAT bahawa ada sesetengah emas hanya boleh dijual kepada ejennya sahaja, tidak boleh dijual kepada orang lain seperti emas Kuwait Finance House.

Oleh kerana spread ini jugalah anda harus ingat yang walaupun harga emas telah naik, anda belum tentu dapat untung sekiranya anda ingin jual balik kepada ejen. Dan kadar keuntungan anda juga bergantung kepada spread ini kerana spread yang dikenakan oleh syarikat-syarikat berbeza antara satu sama lain.

Sekadar inilah asas-asas yang ingin saya perkatakan.

[Promote] Sekiranya anda mahukan ilmu yang lebih mendalam, anda boleh dapatkan e-book dibawah, sila tekan pada link nama e-book:

1) Pelaburan Emas Oleh pemilik jutawanemas.com (Highly recommended)

















2) Pelaburan Akaun Emas









3) Pelaburan Silver Fizikal (Perak)









4) Rahsia Dinar Emas

Monday, 16 July 2012

Pelaburan Saham Bank Persatuan

Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buktinya boleh dilihat pada kejayaan bank koperasi terbesar di Malaysia iaitu Bank Rakyat yang mampu memberikan pulangan setinggi 15% kepada para pemegang saham koperasi hampir pada setiap tahun. Disebabkan dividen yang konsisten dan hampir boleh dipastikan sebanyak 15% setiap tahun, maka pelaburan dalam koperasi Bank Rakyat ini termasuk dalam kategori pelaburan yang berisiko rendah dan cukup selamat.



Namun begitu, seperti yang semua sedia maklum, pelaburan dalam Bank Rakyat telahpun ditutup. Ianya bukan sahaja ditutup kepada pelabur baru bahkan juga kepada pelabur sedia ada untuk menambah pelaburan masing-masing. 

Oleh itu, bagi yang terlepas untuk melanggan saham koperasi bank rakyat, anda masih lagi berpeluang untuk melabur dalam saham koperasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Bank Persatuan. Dan mengikut laman web Bank Persatuan yang terkini, jumlah pelaburan yang dibenarkan kepada mana-mana pemegang syer sekarang ini adalah tanpa had maksimum. 



Pindaan ini merupakan suatu pindaan yang beru berkuatkuasa tahun ini dimana sebelum ini had maksimum jumlah syer yang boleh dilabur hanya RM2000 sebelum dinaikkan kepada RM20000. Anda boleh rujuk entri saya yang terdahulu yang saya tulis lebih kurang setahun yang lepas. Pelaburan Bank Persatuan. Dan yang terbaru, pelaburan saham bank persatuan sekarang ini adalah terbuka kepada semua tanpa ada had maksimum. Cukup menarik. Anda boleh rujuk di laman web bank persatuan sendiri.

Memang benar, dividen yang ditawarkan tidaklah setinggi dividen Bank Rakyat, namun bandingan seperti ini tidaklah adil, membandingkan gergasi dengan semut ataupun boleh dikatakan membandingkan seorang guru dengan muridnya, bandingan seperti ini tentulah tidak adil. Namun apa yang boleh dikongsi ini ialah prospek Bank Persatuan adalah cukup tinggi. Jangan pula bila sampai peluang pelaburan dalam saham koperasi Bank Persatuan ini ditutup seperti Bank Rakyat, dan pada ketika itu pula prestasinya menyamai Bank Rakyat, pada ketika itulah kita tergesa-gesa berlumba-lumba mendapatkan sahamnya. Dan inilah tabiat biasa orang kita yang tidak memandang jauh ke depan. Namun ini hanyalah pandangan peribadi, boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Boleh jadi Bank Persatuan akan mampu mengejar mentornya Bank Rakyat, dan boleh juga tidak. Semuanya terpulang kepada anda!

p/s: Mesej utamanya ialah pelaburan Bank Persatuan tiada had maksimum. Banyak pula goreng-gorengnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts