Bismillah
Tadi pendrive saya diserang virus semasa hendak print di sebuah kedai fotostat. Itulah risikonya apabila cucuk USB pendrive kat komputer yang diguna oleh ramai orang. Akibat virus itu, pendrive saya kena format! Teruk betul, dahla tak boleh print research report yang kena hantar hari esok, lain-lain maklumat dan dokumen yang penting pun hilang.
Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, jangan bimbang! Anda boleh selamatkan fail anda, walaupun mungkin tak semua, dengan cara berikut:
1) Format pendrive anda! Langkah ini perlu jua dilakukan walaupun agak berisiko.Saya pun pada mula bimbang untuk format kerana tak mahu kehilangan semua fail-fail dalam pendrive itu, namun, kita kena juga format kerana kalau tak format pendrive disk itu adalah RAW dan anda tidak boleh recover balik fail-fail anda menggunakan software lain kerana software tersebut tidak boleh mengenal apa format pendrive tersebut. (tertera ayat seperti "unrecognized system" apabila anda cuba recover)
2) Download software untuk recover fail-fail anda. Software yang anda boleh gunakan ialah seperti berikut:
i) Easy US Recovery. Malangnya, fail-fail anda hanya boleh dicari sahaja menggunakan software ini,
kalau nak dapatkan balik anda kena bayar dahulu!
ii) ICare Data Recovery. Software ini boleh recover sehingga 1GB sahaja secara percuma.
Download disini.
Kalau anda ada cara lebih baik, kongsi-kongsikan ye!
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts
Thursday, 13 February 2014
Tuesday, 21 May 2013
Bagaimana nak print dalam MS Excel?
Bismillah.
Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas dan senang bagi apa jua dokumen contohnya MS Word, MS Access dan MS Powerpoint, namun mungkin tidak begitu mudah bagi sesiapa yang tidak biasa untuk print dokumen MS Excel.
Mungkin bagi anda yang mempunyai pengetahuan yang minima dalam MS Excel ni, cara yang paling simple yang akan anda ambil apabila anda perlu print dokumen Excel anda ialah dengan:
1) Klik butang Microsoft Office.
2) Klik print
3) Pilih 'print preview'. Kemudian, anda akan dapati contoh bagaimana dokumen akan dicetak dalam bentuk 'hardcopy'. Jadi, kalau saya ikut step-step seperti diatas, dokumen saya akan kelihatan seperti berikut:
Kalau diperhatikan, dokumen saya semuanya ada 11 muka dan hanya empat muka di atas sahaja yang tidak kosong. Jadi, bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
Caranya ialah dengan membuat 'selection' keatas 'cell' yang anda hendak cetak sahaja, jangan biarkan MS Excel yang tentukan bahagian mana dari dokumen anda yang akan dicetak. Hal ini kerana bahagian yang akan dicetak itu biasanya akan ditetapkan secara default oleh Excel setiap kali anda mahu print.
Jadi bagaimanakah pula cara untuk anda sendiri pilih bahagian mana dari dokumen tersebut yang anda mahu cetak? Caranya ialah seperti berikut (sebagai contoh):
1) Pilih cell yang anda mahu cetak sambil tekan 'Ctrl' untuk bahagian pertama.
2) Pilih cell bagi bahagian kedua yang ingin dicetak juga serentak tekan 'Ctrl'
3) Tekan 'page layout'
4) Tekan 'set print area'.
5) Kemudian anda akan notis yang kawasan yang anda pilih tadi sudah berada dalam kotak yang dilingkungi garis putus-putus seperti dalam gambar.
6) Kemudian ikut langkah untuk dapatkan print preview seperti diatas. Maka hasil yang akan dapat ialah:
Memandangkan hanya dua bahagian sahaja yang saya set, maka helaian yang akan dicetak pun hanyalah dua helai saja. Setiap bahagian yang dipilih juga akan dicetak di dalam helaian yang berlainan.
Sekian dulu dari saya.
Insyaallah ada kesempatan lagi saya kongsikan lagi lain-lain perkara berkenaan Excel ni.
Wednesday, 13 March 2013
Looping for simulation without using vba
Bismillah...
Is it possible to do looping just like in programming but using excel?
You know, when it comes to simulate something, we must have to do looping right?
Actually, I just discovered and learnt something new today on how to do simulation without using vba.
There are two ways of doing it, either using Random Number Generation function which is under Data Analysis in the (Data) ribbon over there or using Data Table which is under What-If-Analysis in the (Data) ribbon.
For Random Number Generation, you can find further information by clicking this link.
To learn more about Data Tablem, you can find it here.
It is so good and amazed to find out this powerful tools.
Another thing, am I too lazy that I just share the link instead of explaining them myself?At least, what I think is that I just wanna inform you guys (my friend) that we can do that without vb.. Sounds quite amazing right? HAHA

Saturday, 19 January 2013
Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word (Update bergambar)
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah:
i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.
ii) Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya)
iii) Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula nombor 1.
Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
i) Bahagikan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.
ii) Untuk bahagikankan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki:
1- Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
2- Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.
3- Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotak insert, klik header dan kemudian pilih edit header.
Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-.
4- Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda!
iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footer muka surat tersebut.
iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan):
1- Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.
2- Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
3- Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.
4- Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.
v) Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga (bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas.
vi) Selesai, tahniah!
vii) Ucap Alhamdulillah.
viii) Jumpa lagi, moga berjaya!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Merujuk kepada entri yang lepas, saya telah nyatakan kepada anda akan keperluan untuk mempunyai satu tabung yang berisiko rendah yang kita s...
-
Bismillah. Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas ...
-
Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM. ...
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...