MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Cable USB Ninetology Stealth 1 rosak

Baru sebentar tadi saya kongsikan tips tentang bagaimana untuk menukar nada dering apabila SMS masuk ke dalam Inbox smartphone Ninetology Stealth 1. Anda boleh klik disini untuk membacanya. Untuk tips bagaimana buat printscreen menggunakan smartphone ninetology Stealth 1, boleh klik di link yang disediakan. Jadi, sekarang ini saya ingin kongsikan pula kisah malang saya sepanjang menggunakan smartphone ini selama kurang lebih sudah 3 bulan.

Sepanjang 3 bulan ini, saya asyik hairan tentang bagaimana hendak transfer file (audio spt MP3 mahupun video) dari komputer saya terus ke smartphone Ninetology Stealth 1 saya ni. Usai saja saya connect kedua-duanya menggunakan USB cable yang disediakan, tertera di skrin smartphone perkataan "Charger Connected". Ayat dia lebih kurang macam itulah, tak ingat sangat. Printscreen pula tak sempat saya sediakan. Jadi, saya pun tak sangka yang USB Cable ni ada masalah sebab bila charge bateri ok saja.

Jadi, "tup tap" selepas 3 bulan, terdetik di hati untuk buka balik buku manual yang disediakan. Nah! "Dan-dan" memang ada sahaja tip untuk transfer file dari komputer ke smartphone ni. Disitu, memang sudah jelas bagaimana untuk transfer file, dan sepatutnya apabila sudah disambung antara kedua-dua komputer dan handphone, akan ada satu notification yang bertanyakan kita untuk memilih sama ada sambungan sebagai USB ke sebagai apa entah? (lupa, anda boleh rujuk manual!) Dari situlah baru saya sedar sebenarnya USB Cable ni tak berfungsi secara elok. Bila digunakan USB cable dari smartphone kawan, tiada apa-apa masalah pun.

Jadi, kemudian saya ke Ninetology Center di Lowyat untuk menukar USB cable yang baru. Malangnya, waranty untuk USB cable hanyalah 3 bulan sahaja, waranty untuk smartphone sendiri yang 1 tahun tu. Saya ingat waranty semua sekali 1 tahun. Ish! Rasa macam kena tipu pun ada! Kemudian, baliklah saya ke rumah dengan perasaan hampa.

Lebih merisaukan sebenarnya ialah saya sebenarnya pun tiada kad waranti tu, kad yang menyatakan tempoh waranti selama setahun itu, baru sedarinya apabila ditanya oleh abang kat servis centre tu. Katanya di kad itu ada tertulis semua tentang detail waranti itu, iaitu apa warantinya dan berapa lama tempohnya. Benda ini memang sebenarnya tak pernah saya lihat pun sejak dari saya memiliki smartphone nih. Alih-alih, abang tu rujuk sahaja tarikh pembelian dekat resit tu untuk tidak membenarkan saya menukar Cable USB yang baru. By the way, it is just USB cable right? Argh!



Bagaimana nak tukar ringtone SMS Ninetology Stealth 1

Bismillah.

Kali ini saya nak kongsikan satu lagi tip kepenggunaan smartphone Ninetology Stealth 1 saya ni. Dalam post yang lepas, saya kongsikan bagaimana untuk membuat printscreen menggunakan smartphone ini. Jika anda ketinggalan untuk membaca post tersebut, sila klik link diatas untuk membacanya, ok?

Setelah lebih 3 bulan menggunakan smartphone ini, satu perkara yang saya masih tak reti-reti ialah tentang bagaimana untuk mengubah tetapan nada ataupun ringtone apabila SMS masuk dalam peti Inbox smartphone. Anda tahu bagaimana? Kalau tak tahu, mari saya beritahu bagaimanakah caranya untuk menukar tetapan nada ringtone SMS bagi smartphone Ninetology Stealth 1 ini. Tip ini saya tahu pun secara kebetulan sahaja, lebih malang ialah tip semudah ini pun saya dapat tahu lepas sesudah lebih 3 bulan menggunakannya. Sedih!

Jadi, langkahnya ialah, pertama sila ke tetapan "Settings".



Kedua, tekan "Audio profiles". Kemudian, paparan skrin seperti dibawah akan muncul di skrin Stealth 1 anda.



Kemudian, pilih mana satu audio profile pilihan anda. Saya pilih "General", lalu muncul paparan skrin seperti yang tertera di bawah.


Dalam paparan skrin di atas, ada beberapa menu yang boleh anda pilih. Untuk tukar nada ringtone panggilan suara tentulah melalui "Voice call ringtone" manakala nada ringtone panggilan video pula mestilah "Video call ringtone". Anda tahu, sepanjang 3 bulan ini, saya asyik tercari-cari menu manakah yang boleh saya gunakan untuk ringtone SMS. Rupa-rupanya, anda boleh menukarnya di menu "Default notification"! Sekian.





Friday, 28 June 2013

Bagaimana nak print screen Ninetology Stealth 1 (i7520)

Bismillah

Setelah hampir dua bulan menggunakan smartphone Ninetology Stealth 1 yang tak berapa famous tu, baru hari ini saya terjawab persoalan saya tentang bagaimanakah untuk buat printscreen menggunakan henset ni. 
Stealth 1 Hitam


Stealth 1 Putih 

Thanks to forum Ninetology Stealth 1 di Lowyat.net, finally i found out the way how to make a screenshot from my smartphone. If that smartphone couldn't be able to make a screen shot, i don't think it is "smart" anymore. Very ridiculous. Haha.

Jadi, bagaimanakah caranya?

Simple!

Hanya tekan "Volume Down" dan "Power button" secara serentak lebih kurang dalam 1 saat. 
Try lah, dapat tak?

By the way, this is the pictures that i captured using the screenshot on my phone.


Kalau perasan dalam screen shot tu, ada dua aplikasi yang telah saya sebutkan dalam post terdahulu yang saya amat syorkan kepada semua muslim untuk milikinya di dalam smartphone masing-masing; iaitu Al-Mathurat dan Halal Apps. Alhamdulillah setakat ini Allah masih lagi memberikan hidayah kepada saya untuk masih lagi melazimi membaca Al-Mathurat dan al-Quran tersebut. Namun aplikasi Halal itu agak jarang saya gunakan kerana sekarang saya masih belum mendapat apa-apa pekerjaan. Masih menganggur. Sedih, kan?

Sekadar itu dahulu. Lain kali saya kongsikan lagi yer, memandangkan saya pun masih banyak yang belum saya explore ni.

Salam.





Sunday, 9 June 2013

Aplikasi Android: Halal

Bismillah.

Aplikasi "Halal" ini adalah satu lagi inovasi teknologi yang cukup bagus untuk kemudahan umat Islam. Dibangunkan secara bersama oleh  Halal Industry Development Corporation (HDC) dan MSCMS Sdn BHD, aplikasi ini membolehkan anda untuk mengetahui lokasi kedai dan restoran yang menawarkan makanan halal yang disahkan oleh JAKIM.

Aplikasi ini berupaya untuk mengesan lokasi premis sejauh 20km radius daripada lokasi pengguna. Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan suatu sistem pemantauan yang membenarkan pengguna untuk memberikan rating terhadap tahap kebersihan dan kemudahan premis tersebut sekaligus menjadi 'penguatkuasa' yang mengawasi kualiti servis yang disediakan kepada pelanggan premis tersebut.

Berikut adalah screenshot daripada aplikasi tersebut.



   



 Pada saya, apps ini bolehlah dikatakan sebagai aplikasi wajib milik bagi orang Islam lebih-lebih lagi bagi yang bekerja dan menetap di warga kota. Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalani latihan industri di Kuala Lumpur baru-baru ini, menjadi trend untuk pekerja muslim untuk keluar lunch bersama dengan teman sepejabat atau satu jabatan termasuk yang bukan Islam.

Itu sudah tentunya perkara yang baik untuk menguatkan semangat team-work mereka namun halal haram makanan itu mestilah dititikberatkan (pesanan untuk diri sendiri). Menggunakan aplikasi, diharapkan ia memudahkan anda mengenal pasti lokasi premis yang ingin dipilih itu betul-betul halal atau tidak.

Usaha mewujudkan aplikasi sebegini juga amat baik dan sangat besar pahalanya disisi Allah. Moga-moga lebih ramai developer apps muslim mampu membangunkan lebih banyak aplikasi-aplikasi sebegini yang menyumbang kepada pembangunan agama.

Untuk mendapatkan apps ini, kunjungi link ini. Halal HDC.

Monday, 3 June 2013

Aplikasi Mathurat untuk Android

Bismillah.

Setelah mula membiasakan diri membaca al-Quran melalui apps dalam smartphone, tiba-tiba hati terfikir ada tak aplikasi untuk Al-Mathurat. Anda tahu ke Al-Mathurat itu apa? Rasanya kalau anda masa sekolah dahulu tinggal di asrama tentu sahaja anda biasa membaca al-Mathurat, bukan? Al-Mathurat ini ialah himpunan doa-doa yang ma'thur iaitu sahih daripada Rasulullah S.A.W yang dikumpulkan oleh As-Syahid Imam Hassan al-banna. Doa-doa yang dikumpulkan ini sangat elok untuk dijadikan zikir pada waktu pagi dan petang.

Setelah membuat carian dalam Google Play, terdapat beberapa apps telah dihasilkan oleh developer-developer walaupun tidaklah begitu banyak. Namun agak menyedihkan kerana hanya apps yang ketiga yang diinstall dalam smartphone saya yang berfungsi dengan baik. Lagi dua tu tak berfungsi. That apps which work for my smartphone is Al-Mathurrat Bersama Ustaz Don. Alhamdulillah, at last I found one that compatible with my smartphone.

Apa yang menarik dalam aplikasi ini ialah user interface yang menarik dan simple, bagi tiap-tiap ayat dan doa juga disediakan maknanya sekali. Tak kurang juga ada disediakan 'play button' yang disediakan di sudut atas sebelah kanan yang membolehkan anda mendengar sekali bacaan-bacaan ayat dan doa tersebut. Tak pasti pula kalau-kalau bacaan tersebut dibacakan oleh Ustaz Don. Namun, ianya pasti dapat membantu sesiapa yang kurang lancar bacaannya untuk mengikuti bacaan yang dimainkan itu serentak. Tak kurang juga bagi yang selalu membaca alMathurat secara berjemaah, membaca wirid ini serentak dengan mp3 yang disediakan itu setidaknya membawa mood untuk anda disamping menjaga bacaan anda juga. Tidaklah nanti tersalah baca.

Sekian.

p/s: Mudah-mudahan dapat istiqamah membaca alMathurat tiap-tiap hari. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts