MUHASABAH

Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".

Wednesday, 1 April 2026

Pengalaman Accident: Benda Yang Kita Ingat Remeh, Rupanya Penting

Ini bukan kali pertama aku terlibat dalam kemalangan. Tapi kali ini lain sikit — bukan sebab teruk, tapi sebab blur nak buat apa lepas tu.


1. “Nak settle tepi” tak semudah disangka


Mula-mula memang plan nak settle tepi saja dengan pihak kereta. Tak nak panjangkan cerita. Tapi bila sampai bab nak buat claim PERKESO, baru sedar — benda ni tak boleh shortcut.


Aku ingat boleh guna laporan polis owner kereta tu je. Rupanya tak boleh. Lagi satu, patutlah dia tak nak share laporan dia — dalam report tu langsung tak mention yang motor aku langgar dia sebab kesilapan dia.


Lesson pertama: **kalau nak claim apa-apa, buat laporan polis sendiri. Jangan bergantung pada orang lain.**


2. PERKESO pun perlukan laporan polis


Hari tu ingat tak nak claim insurans, jadi rasa macam tak perlu buat laporan polis. Rupanya salah faham besar.


PERKESO pun sebenarnya fall under “insurance-type claim”.

Dan seperti biasa — **tiada laporan polis, tiada layanan.**


3. Isu “24 jam” — mitos atau fakta?


Selalu dengar orang kata kena buat laporan dalam tempoh 24 jam. Sebenarnya, tujuan utama adalah untuk **pastikan bukti masih fresh** — bukan semata-mata peraturan rigid.


Dalam kes aku:


* Accident dah berlaku 2 minggu

* Tapi masih boleh buat laporan


Kenapa lepas?

Sebab pihak kereta dah buat laporan awal, jadi polis boleh trace kes tersebut dalam sistem dan link-kan dengan laporan aku.


4. Syarat claim PERKESO — benda yang HR tak bagitahu awal


Yang sedikit mengecewakan, HR tak explain upfront syarat claim. Antara yang penting:


* Kena ada laporan polis

* MC lebih daripada 4 hari


Kalau tak cukup syarat ni, memang susah nak proceed.


5. Balai polis pun ada “jurisdiction”


Ini satu lagi benda yang ramai tak tahu.


Aku pergi buat laporan di Bandar Sri Damansara — kena marah pula sebab lambat.

Rupanya:


* Tempat accident menentukan balai mana yang handle

* Accident aku dekat DUKE → bawah KL

* Jadi kena pergi balai Balai Polis Tun HS Lee


Lepas explain yang pihak satu lagi dah buat laporan, baru keadaan reda.


6. Layanan polis bergantung situasi


Realitinya, layanan memang berbeza.


Kalau kita mangsa:


* Polis biasanya lebih supportive

* Siap offer nak connect dengan lawyer untuk saman sivil


Kalau kita yang bersalah… lain cerita.


7. Kalau jatuh sendiri pun boleh claim


Ini ramai tak tahu.


Kalau jatuh sebab faktor luar — contohnya jalan berlubang:


* Boleh consider claim terhadap PBT (majlis perbandaran)

* Tapi syarat tetap sama → **laporan polis dalam 24 jam sangat membantu kes**


8. Proses buat laporan polis (ringkas tapi penting)


Flow dia sebenarnya straightforward:


1. Pergi kaunter → polis akan bantu draf laporan

2. Jumpa Investigation Officer (IO)

3. Tunggu siasatan & keputusan kes


Tips:


* Datang pagi senang settle cepat

* Kalau datang petang, kemungkinan kena sambung esok (ikut waktu kerja IO)


 9. Bukti adalah segalanya


Antara benda paling penting tapi selalu orang terlepas:


* Gambar tempat kejadian

* Gambar kerosakan motor

* Gambar kecederaan


Semua ini akan dimasukkan dalam laporan dan bantu kuatkan kes.


Kesimpulan: Jangan tunggu sampai perlu, baru nak tahu


Accident ni benda kita tak minta. Tapi bila jadi, sistem dia tetap sama — dokumentasi, prosedur, dan bukti.


Kalau nak ringkaskan pengalaman ni dalam satu ayat:


jangan ambil mudah laporan polis — walaupun rasa boleh settle tepi.


Sebab akhirnya, bila melibatkan claim (insurans, PERKESO, atau saman),

semua akan kembali kepada satu benda:


Ada report atau tak.


Monday, 23 December 2024

Rule of Thumb Kira Breakeven Pasang Panel Solar

Cara cepat untuk kira berapa lama untuk breakeven kalau kita pasang solar boleh dikira guna rule of thumb seperti berikut:

Rule of thumb: harga per kWp bahagi 600

Contoh dapat quotation RM23,000 untuk 7.2kWp.

Breakeven: 23000 ÷ 7.2 ÷ 600 = 5.3 tahun.

Senang kan? Anda punya breakeven berapa lama?

Sunday, 22 December 2024

Menjelang Pemasangan Panel Solar di rumah Kota Bharu

Aku sebenarnya dah plan pasang panel solar di rumah dia dari pertengahan 2024 lagi.

Semuanya gara-gara insentif Solaris dari kerajaan sebanyak RM4,000 maksimum.

Lepas survey dua-tiga company, pelik jugak dapat quotation yang agak mahal.

Akhirnya pilih yang harga RM25,000 untuk 5.8kWp.

Kiranya mahal jugak ni, sebab harga per kWp adalah RM4,300/kWp.

Yang aku tahu ada orang dapat RM23,000 untuk 7.2kWp, iaitu RM3,200/kWp.

Mungkin nasib aku malang la sebab tak jumpa pulak yang murah masa survey.

Ikut perkiraan aku,  dengan modal RM21,000 (selepas tolak Solaris), boleh breakeven dalam masa 6-7 tahun.

Macam tak berbaloi la sebab pakej Net Energy Metering (NEM) tu valid 10 tahun je. 

Lepas 10 tahun, solar panel masih boleh guna tapi untuk kegunaan elektrik di rumah saja (self consumption atau selco).

Itu yang pelik tu, masa kira hari tu konfiden je dapak breakeven dalam masa 3 tahun je.

Kontraktor akan pasang 6 Jan 2025 nanti, tapi belum bayar ni.

Moga2 dapatlah nego diskaun RM2-3k lagi. Sebabnya, kalau ikut harga RM21k ni pun masih lagi tinggi dari orang lain. Macam Solaris punya insentif tu semua dapat kat kontraktor la, aku tak dapat apa. Adoi 😂

Monday, 8 January 2024

Pengalaman Beli Rumah Pertama Dari Developer

Walaupun telah memiliki rumah, aku masih tiada pengalaman beli rumah dari developer.

Yang paling ketara perbezaannya ialah lawatan ke showhouse, sambil bawak isteri.

Ada la feeling2 shopping rumah ye dak?

Kalau rumah subsale, kita terus tengok rumah dah siap, tahu keadaannya.

Rumah showhouse ni susah sikit nak imagine keadaannya sebab developer dah hias banyak benda, walhal nanti dapat rumah yang bare je.

Lepas tu nak kena pilih unit mana yang berkenan.

Nak yang menghadap matahari ke? View KLCC ke? Unit floor rendah dekat dengan parking ke? Atau nak unit floor atas? sebab orang cakap unit atas sepatut harga lagi mahal dari unit bawah bila nak jual nanti. Dan sebagainya.

Banyak jugak nak kena consider.

Alih-alih lepas dah pilih unit, aku bagitau ejen nak unit yang ada 2 parking.

Dia bagitau kalau 2 parking tak boleh pilih unit, itu semua kena cabut undi. Unit-unit tu dah reserve, tapi unit yang bukan "hot" macam KLCC view.

No wonder la masa nak pilih unit tengok macam dah nak fully taken, rupanya belum. Itu semua termasuk unit dah reserve untuk 2 parking. Nampak je gempak hehehe.

Yang paling tak boleh lupa ialah masa deal dengan ejen rumah.

Macam-macam songeh pulak, tanya kita macam takde duit tak mampu beli rumah.

"Abang cukup duit tak bayar deposit ni?"

"Rumah RM300k, kena standby RM30k sebagai deposit sebab dah ada rumah kan?"

"Eh abang nak beli lot parking kedua, kena tambah lagi RM18k standby masa sign S&P nanti ni. Cukup ke duit?"

Walaupun memang kita takde duit, tapi tak perlu la nak takut2kan dengan deposit segala bagai.

Tak nak tunjuk yang kita takde duit, aku iyakan aje ada duit, boleh aku cari RM48k cash untuk beli rumah tu, walaupun garu kepala jugak la fikir mana nak cekau.

Akhirnya, bila deal dengan peguam developer, aku akhirnya tak perlu pun bayar deposit sebab pakai facility staff bank dapat full financing. Alhamdulillah.

Lagi syukur, RM18k untuk parking kedua pun boleh masuk dalam SPA purchase consideration. Maksudnya, full loan RM318k.

Apa yang ejen rumah tu cakap semua meleset. Maunya aku giveup cakap takde duit nak sediakan deposit, tak ke melepas peluang aku dapat unit tu?

Sebab tu kadang-kadang kena membabi buta je kalau nak sesuatu, jangan layankan sangat kata orang tu, sampailah kita dah konfem betul-betul dengan semua orang.

Lepas tu ada salah faham lagi, ejen mintak aku terus mintak loan dengan bank, lepas dapat letter offer baru pergi sign SPA.

Tapi, HR bank pulak cakap sila sign SPA dulu, dah cukup semua dokumen baru submit untuk dapat letter offer.

Yang kelakor, boleh pulak developer mintak supaya HR bank yang emel dorang untuk arrange SPA signing ni, maknanya dia tak layan emel dari individual purchaser.

Dah satu hal nak mintak HR yang tulis emel. Dah kalau dia tak buat tak ke tertangguh urusan tu?

Jawabnya memang aku bior je la. 

Tau-tau dapat last warning letter dari developer untuk execute SPA.

Terus aku submit ke HR, dan2 HR terus reply email tu 😂.

Akhirnya, boleh juga proceed dengan SPA.

Tapi, kalau ada satu tips yang penting untuk beli rumah yang boleh aku kongsikan ialah jangan lupa buat istikharah mudahkan urusan.

Alhamdulillah, macam2 cabaran akhirnya boleh selesai kalau betul dah tertulis qada qadarnya kita dapat beli unit tu.

Ni pun belum dapat offer letter, moga2 berjalan lancar lah urusan ke depan. Amin.


Sunday, 5 November 2023

Phone Realme 11 sudah sampai

Akhirnya terpaksa juga beli phone baru gara-gara phone lama Oppo A5s dah tak support banyak apps banking.

Apps banking perlukan minima android 9 sedangkan phone lama pakai android 8 je.

Padahal baru beli tahun 2020 tu, dah kena tukar juga.

Jadi, sama seperti dulu, phone baru mestilah nak kena ada bateri yang tahan lama.

Memandangkan sekarang dah zaman 5G, beli yang ada feature 5G terus supaya tak kena tukar lagi nanti.

Cari punya cari, tak banyak choice telefon 5G yang harga bawah RM1,000.

Antara phone yang saya survey ialah Honor X9b (baru launch beberapa hari lepas), Honor 90 Lite, Samsung M34 dan Realmi 11.

Akhirnya Realme 11 juga jadi pilihan

Phone ini dilancarkan pada Ogos 2023 pada harga RM1,200 macam tu kot, lepas 3 bulan dapat beli RM1,000 je kira ok la kan.

Antara kekurangan Realme 11 ialah,

1. Tiada skrin Amoled (membantu skrin kelihatan jelas walaupun bawah pancaran matahari)

2. Sound audio Mono sahaja bukan stereo.

3. Kamera tiada ultra wide, so kalau nak gambar yang luas kita kena undur ke belakang.

Tetapi ini semua tak penting bagi aku sbb aku lebih pentingkan bateri yang tahan lama atau ciri-ciri fast charging daripada features lain.

Tapi walaupun kapasiti bateri besar, itu kurang bermakna kerana phone 5G banyak makan bateri.

Sebab itu dia perlukan cip yang lebih efisyen supaya dapat jimatkan power consumption.

Phone realme 11 ni menggunakan cip pemprosesan 6nm. Walaupun taklah begitu canggih kerana cip paling power sekarang 2-3nm sahaja, tapi kira oklah kan.


Tuesday, 10 November 2020

Cara subscribe rights issue di Bursa Malaysia

Rights issue adalah salah satu cara syarikat di Bursa Malaysia mendapatkan dana dari pelabur, selain private placement dan IPO.

Dalam tempoh Covid-19 melanda, banyak syarikat yang cuba dapatkan dana untuk kejar new business opportunities dan sebagainya.

Salah satunya ialah Key Alliance Group yang cuba untuk menjadi distributor RT-PCR rapid test kit untuk buat test Covid-19.

Ini adalah kali kedua saya subscribe rights issue. Kalau boleh saya katakan, tak lengkap pengalaman anda jadi investor kalau tak pernah subscribe rights issue. 

Bagi kebanyakan traders, mereka tidak akan subscribe rights issue ni kerana prosesnya agak renyah.

Dan disebabkan itu, tak banyak content online yang berkongsi mengenai rights issue, betul tak?

Kira ni rare punya content lah, tak gitu? Haha

Jadi, jom saya ceritakan langkah-langkah untuk subscribe rights issue:

1. Dapatkan borang rights issue. Borang ni sebenarnya ada di hantar melalui pos oleh share registrar company kepada pelabur. Tapi, boleh juga anda download dari bursa dan print out.

2. Isi borang rights issue siap-siap.

3. Pergi pejabat pos untuk buat money order (kiriman wang) mengikut nilai yang kita hendak subscribe. Anda juga boleh untuk subscribe melebihi kuota rights issue anda mana tahu ada pelabur lain yang tidak subscribe.

4. Untuk pelaburan tambahan, isi pada maklumat excess rights issue. Dan jangan lupa, untuk buat money order untuk excess application ni, buat secara berasingan ye. Maksudnya, kena isi 2 borang money order mengikut amaun yang dikehendaki.

5. Bayaran money order hendaklah dibuat ke atas akaun "Nama syarikat_rights issue account" atau "Nama syarikat excess rights issue account". Boleh rujuk nama akaun pada belakang form rights issue tu. 

6. Kemudian, bayar setem hasil RM10. Setem hasil (revenue stamp) boleh dibayar di pejabat pos, sebab tu saya suka terus ke sana boleh buat dua urusan sekali gus (money order dan setem hasil).

7. Selain money order, boleh juga buat postal order. Bezanya, kalau postal order anda tak perlu specify nama akaun yang hendak dibayar tu.

8. Ingat, nama akaun tu mesti nama syarikat yang kita nak labur, bukannya nama syarikat share registrar tu, walaupun nanti borang dan wang pos ini akan dihantar kepada share registrar yang akan memproses application ini. Ini adalah kesilapan yang saya lakukan semasa nak isi borang money order tempoh hari.

9. Sign borang rights issue tu sebelum hantar kepada share registrar. Boleh hantar by hand atau pos kepada mereka.

10. Kalau nak cepat by hand la, sebab ada cut off date share registrar nk terima permohonan ni. Kalau by pos, kadang bimbang takut lambat sampai.

11. Untuk pastikan borang dah sampai, anda boleh call syarikat share registrar untuk buat query status application anda. Nombor share registrar ada di depan borang rights issue.

12. Status permohonan untuk excess application akan diketahui dalam tempoh seminggu selepas cut off date permohonan, manakala new subscribed shares akan mula trading di bursa seminggu selepas itu.

Tuesday, 7 July 2020

Terjebak dengan sales 7/7: Panduan beli phone

Tadi dah terbeli phone Oppo A5s sebab katanya ni antara phone terbaik bagi harga bawah RM500.

Dah sebab ada sales sempena 7/7, cepat-cepat aku sambar phone tuh.

Lepas beli baru menyesal, sebab dapat beli harga RM430, jimat dalam RM70 je pun. Duhh!

Anyway, sebab phone sekarang rosak dan perlukan phone baru punn. Cuma lain kali tak perlu tergesa sangat kalau jimat sekadar berpuluh ringgek.

Lainlah kalau dapat jimat banyak.

Antaranya phone Nokia 6.1 plus dulu masa dilancarkan pada 3Q 2019 harga RM1,200, hari ni boleh dapat RM500 ja. Spec dia 4GB ram + 64GB rom.

Cuma slack dia bateri 3000mah je, cam kecik la kan. Yela, walaupun ada fast charging USB-C.

Selain tu, Oppo A9 pun dijual pada harga RM800. Spec power kot: 8GB ram, 128GB rom.

Yang ni tak tau harga asal berapa. Kalau ikut situ, turun dari RM1000 ke RM800. Tapi masa lancar dulu pun RM1200, ye dak? Banyak juga jimat tu.

So, kesimpulannya, faktor pemilihan phone bagi diri aku, mengikut ranking ialah:
1. Harga - nak yang paling murah. Kalau amik A9 tu macam puas hati, tapi phone ni berapa lama sangat boleh tahan kan? So, baik amik A5s, boleh beli 2x kalau compare harga A9. Haha

2. RAM memori - kalau boleh at least 4GB, tapi terambik juga yang 3GB, hopefully tak jauh beza la noh. Aku pun bukam gamers pun. Ok kot noh.

3. Storan ROM - A9 ada 128gb, besau gila. Tapi kalau nak besar sangat why not tambah mikro SD je?

4. Bateri - ni faktor kenapa aku tolak Nokia 6.1 plus, padahal obviously RAM dan ROM dua-dua lagi besar dari A5s dan beza harga RM100 je pun. Damn, ni dah mula menyesal. Haha

5. Dual-sim. Mostly dual-sim je kan.

Ok, thats all. Thanks for reading.

Wednesday, 6 November 2019

Ikhlas dalam amalan

"Adakah seseorang yang buat Ibadah kerana mahukan pahala dikira tidak ikhlas?"

Isu ni adalah isu lama dan akan selalu dikitar semula.

Ringkasnya, buat Ibadah kerana mahukan pahala adalah tanda kesempurnaan iman kerana percaya kepada perkara ghaib dan janji Allah.

Maka, dakwaan bahawa buat Ibadah kerana pahala adalah tanda tidak ikhlas adalah jauh sekali meleset, tidak benar dan sesat.

Monday, 9 September 2019

Renew road tax Damansara damai

Baru sahaja selesai renew Roadtax di kiosk JPJ Damansara Damai petang tadi.

Alhamdulillah rumah apartmen permai ni sebelah je dengan kiosk JPJ ni, yang berada di stesen bas Damansara damai.

Walaupun lokasinya Dekat, ada beberapa perkara yang kurang bagus:
1. Cas ejen rm20 kalau renew insurans/takaful kat Situ. Kalau renew road tax sahaja tanpa insurans/takaful jadi rm30.

2. Untuk takaful kereta, hanya ada Etiqa takaful sahaja. Yang dicari Takaful Malaysia tak ada.

3. Walaupun Etiqa Takaful ada ditawarkan, tapi hanya untuk kereta sahaja. Tiada plan untuk takaful Motosikal.

Friday, 2 August 2019

Bagaimana nak kira markah game bowling

Bagi setiap game ada 10 frame kesemuanya. Jadi, markah bagi game adalah jumlah kepada markah setiap frame.

Markah bagi setiap frame pula bergantung kepada hasil jatuhan pin. Menariknya, markah gandaan akan diberikan kepada setiap strike/spare yang dilakukan.

Bagi setiap strike, markah frame tersebut akan digandakan dengan 2 balingan seterusnya.

Strike = 10 + (2 balingan seterusnya)

Bagi setiap spare pula, markah frame tersebut akan digandakan dengan 1 balingan seterusnya.

Spare = 10 + (1 balingan seterusnya)

Sebagai contoh, jika strike dilakukan pada frame pertama diikuti strike di frame kedua dan ketiga, maka marah frame pertama ialah 30.

Frame satu = 10 (strike frame 1) + 10 (strike frame 2) + 10 (strike frame 3)

Bagi frame kedua pula, markah akan ditentukan oleh balingan frame ke4.

Jika frame ke4 pun strike, maka markah frame ke2 ialah 30 juga, seperti frame pertama.

Jika frame ke4 jatuh 9 pin sahaja, maka markah frame ke2 ialah 29. Kemudian, balingan ke2 diberikan untuk selesaikan frame ke4.

Jika berjaya dapat spare untuk frame ke4, maka markah frame ke3 ialah 20.

Frame3 = 10 (strike frame3) + 10 (2 balingan frame4 dapat spare)

Jika frame ke5 jatuhkan 7 pin seterusnya dapat spare, maka markah frame ke4 ialah 17.

Frame4 = 10 (spare frame4) + 7 (1 balingan frame5)

Markah frame 5 pula bergantung kepada balingan pertama frame ke6.

Kesimpulannya, markah maksimum bagi setiap frame ialah 30, dengan andaian 3 strike berturut.

Manakala bagi frame dengan spare, markah maksimum ialah 20, dengan andaian spare diikuti strike ataupun strike diikuti spare.

Tuesday, 19 February 2019

HelloGold app memudahkan anda membeli emas menggunakan telefon pintar

◆Cepat!!! Harga emas telah mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 1 tahun.

◆Pada 19/2/2019, harga emas telah mencecah RM175/g.

◆Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, harga emas dijangka akan terus melonjak!!!

TUJUH KELEBIHAN MEMBELI EMAS MENERUSI HELLO GOLD
√ Modal rendah - pembelian emas bermula serendah RM1 sahaja
√ Percuma - percuma emas bernilai RM5 dengan pembelian emas bernilai RM50 (rujuk caranya pada perenggan terakhir di bawah)
√ Mudah - boleh membeli emas menerusi aplikasi di telefon pintar
√ Selamat - Emas fizikal disimpan dalam peti keselamatan di Singapura dan dilindungi oleh insurans
√ Murah - Caj belian serendah 0.79%
√ Terkini - boleh dapatkan akses graf harga emas 24/7 (rujuk gambar)
√ Halal - Disahkan Patuh Syariah oleh Amanie Advisor, sebuah syarikat dipengerusikan oleh Dr Daud Bakar merangkap Pengerusi Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Muat turun aplikasi HelloGold sekarang. Buat pembelian emas sebanyak RM50 dan dapatkan rebat RM5 dengan serta-merta! - Gunakan kod promosi [AZIM00Z3] atau klik di sini untuk maklumat lanjut: https://referral.hellogold.com/?ref=AZIM00Z3

Thursday, 20 September 2018

Socar akhirnya tawarkan diskaun kepada pelanggan setia Rockstar dan Superstar

Selepas hampir 6 bulan saya menggunakan perkhidmatan kereta sewa online menerusi Socar, akhirnya sekarang barulah pihak Socar memperkenalkan skim ganjaran (baca diskaun) kepada pelanggan setia.

Terkini, pihak Socar memperkenalkan dua peringkat keahlian iaitu:
1) Rockstar - pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Socar selama 20 jam dalam 2 booking diberikan diskaun sebanyak 25% untuk 5 booking seterusnya.

2) Superstar - pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Socar selama 40 jam dan 4 booking diberikan diskaun sebanyak 50% untuk 5 booking seterusnya

Baru semalam saya diberikan keahlian Rockstar. Alhamdulillah, adalah juga insentif untuk terus menggunakan Socar walaupun dah hampir nak memiliki kereta sendiri.

Wednesday, 25 July 2018

Sewa kereta murah di KL - vios/civic serendah RM17 sehari

Hari ini saya mahu berkongsi dengan pembaca tentang servis sewa kereta termurah di KL. Serendah RM17 sehari sahaja untuk kereta vios di KL.

Tak percaya? Takpe, teruskan membaca.

Begini, saya adalah antara pelanggan tetap perkhidmatan sewa kereta mobile Socar.

Buat pengetahuan tuan-tuan, syarikat Socar ni berasal dari Korea dan telah banyak menawarkan servis sewa kereta di banyak negara terpilih.

Apa menariknya sewa kereta menerusi Socar?
◆ Murah - Sewa murah ikut jam dan maksimum caj sehari hanyalah 10 jam sahaja
◆ Mudah - Hanya gunakan aplikasi  mobile apps sahaja untuk booking, ambik, kunci dan pulangkan kereta tanpa perlu berjumpa dengan Sesiapa
◆ Petrol percuma - Setiap booking akan disertakan dengan petrol percuma 30km/sejam

Oleh kerana servisnya yang murah dan mudah, saya telah menggunakan Socar selama 5 bulan Sejak dari bulan Mac 2018 lagi.

Menariknya lagi, baru - baru ini Socar telah buat promosi terbaru. Harga sewa kereta (bagi weekdays sahaja) adalah seperti berikut:
◆ Axia/Myvi serendah RM6 sejam @ RM60 sehari
◆ Honda Civic/Toyota Vios serendah RM7 sejam @ RM70 sehari

Pulak dah. Tadi cakap Civic/Vios RM17 je sehari, sekarang dah RM70 sehari?

Sabar tuan, jangan marah dulu. Mari saya ceritakan.

Baru-baru ini, saya book toyota Vios hanya RM17 sahaja sehari. Betul, tak tipu. Begini ceritanya:
1. Saya tempah vios untuk tempoh 24 jam. Maka, caj maksimum hanyalah untuk 10 jam sahaja iaitu RM70 untuk sehari beserta 300km.
2. Menggunakan diskaun promosi RM20 untuk zon Socar  baharu, caj harian saya berkurang sebanyak RM20 kepada RM50 sahaja.
3. Apabila saya mulakan pemanduan, saya dapati mileage kereta baru 900km (woohoo dapat naik kereta Vios baru!!!!). Saya gunakan kereta ini untuk jemput ibu ayah saya dari stesen bas TBS seawal 5 pg (Sebab tu book kereta malam sebelumnya lagi) dan balik ke damansara. Kemudian petangnya hantar mereka ke KLIA2 dan pulang kembali ke damansara. Jumlah jarak perjalanan saya sebanyak 240km (Fuhh lega tak lebih dari 300km. Kalau tak, ada surcaj lain ye untuk lebih dari had petrol percuma tu).
4. Saya singgah ke Petronas dan membuat isian penuh menggunakan kad bayaran yang disediakan Socar (kad disediakan di tempat driver). Untuk isian penuh, kos petrol adalah sebanyak RM33 untuk 15 liter (RM2.20/liter RON95).
5. Secara efektif, kos sewa kereta berkurang lagi sebanyak RM33 kepada RM17 sahaja!!!

Sepanjang saya gunakan Socar , ini adalah caj termurah yang pernah saya dapat kerana promosi ini. Sebelum ini, harga Axia adalah RM90/sehari manakala Vios RM110/sehari (untuk weekend tambah lagi RM20/sehari). Saya tidak pasti sampai bila promosi ni akan berlangsung (mudah-mudahan lama la ye).

Apa yang menariknya, jika anda tak pernah gunakan Socar sebelum ini, ini adalah masanya untuk anda mencuba servis Socar ini. Sekarang, Socar Socar sediakan diskaun sebanyak RM30 bagi user baru untuk Cuba perkhidmatan Socar ini. Silap-Silap dapat naik kereta secara percuma ni weii... hehe

Untuk pendaftaran, anda bolehlah:
1. Download app Socar di sini
2. Mulakan langkah pendaftaran dengan isi detail anda dan upload lesen memandu anda.
3. Tunggu sekejap sehingga pendaftaran diluluskan

Untuk booking,
1. Cari Socar zone yang berdekatan dengan Lokasi anda (Pastikan zone itu adalah Zon Socar baru untuk dapatkan diskaun RM20 dan kereta baru. Jangan lupa untuk download coupon terlebih dahulu untuk diskaun ini.
2. Tetapkan masa booking anda
3. Pilih kereta pilihan anda.

Untuk memandu,
1. Sila ke zon SOCAR anda
2. Buka app dan upload gambar kereta untuk tujuan keselamatan
3. Unlock kereta menggunakan apps tersebut (kereta ni tiada kunci ya nak)
4. Mula memandu

Untuk pulangkan kereta
1. Pastikan minyak petrol tidak kurang 50% dengan isian di Petronas (tak sangka dispenser tu Mintak mileage kereta sekarang, mana aku ingat.. letak je la rough figure, kalau salah tak reject pun)
2. Pulangkan kad Smartpay Petronas di tempat asal (damn, dah 2x kad tu tertinggal dalam poket aku)
3. Parkir kereta di tempat parkir yang dikhaskan.
4. Upload gambar kereta untuk tujuan keselamatan.
5. Lock kereta gunakan apps dan pulangkan sekarang.

Anda teruja dengan perkhidmatan SOCAR? Kongsikan tulisan ini kepada kawan anda yang memerlukan...

Selepas guna SOCAR, jangan lupa tinggal komen sikit kat bawah ye

Wasalam..

Saturday, 3 February 2018

Peluang pekerjaan bagi graduan Sains Aktuari USIM

Di bawah ini adalah emel yang saya tulis beberapa tahun lepas sebagai tips memilih peluang pekerjaan kepada junior sains aktuari di USIM.

Walaupun ada beberapa program sudah outdated, kebanyakannya masih lagi relevan. Sayang pula kalau disimpan sahaja dalam peti emel dan tidak dikongsi di blog ini.

Semoga ada kebaikan hendaknya.

Assalamualaikum,

Tujuan emel ini adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada pelajar ASRM 6th Batch tentang perbincangan arah tuju karier mengikut kaca mata dan pandangan saya (kalau ada tambahan dari senior lain dialukan).

Menurut maklumat yang saya perolehi, setakat 3 Disember 2013, alumni ASRM USIM berada dalam pelbagai bidang dan antara yang terbesar ialah seperti berikut:
1) Pendidikan - post-graduate studies, lecturer and teacher
2) Bekerja sendiri
3) Eksekutif bank/syarikat korporat - accounting, auditing, human resource, pegawai tadbir, risk management, actuarial department
4) Capital market-dealer representatives, financial planner, corporate finance
5) Broker insurance

Bidang Pilihan
Tanpa ada niat untuk membanding-bandingkan karier lepasan ASRM USIM, disini ingin saya bincangkan beberapa pilihan haluan kerjaya yang boleh anda pertimbangkan.

1) bidang aktuari - seperti yang semua maklum, antara kelayakan yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya berjaya lulus dua kertas peperiksaan SOA iaitu Probability dan Financial Management. Walaupun amat sedikit lepasan ASRM yang masih berada dalam bidang ini, usaha mestilah terus dipergiatkan supaya ada dari graduan ASRM USIM akan berjaya menjadi qualified actuary pada masa akan datang, selaras dengan matlamat utama kursus ASRM di USIM.

2) bidang pengurusan risiko - alumni USIM lebih cenderung untuk bekerja dalam Risk Management memandangkan akses untuk ke bidang ini sedikit mudah berbanding aktuari. Secara peribadi pun, saya lihat ini adalah antara peluang ataupun "lubuk" untuk graduan USIM untuk menembusi pasaran kerja nanti.

3) pasaran modal (capital market @ investment) - saya rasa bidang ini antara yang paling sedikit pendedahan diberikan kepada pelajar. Umumnya juga ia lebih dekat kepada pelajar Financial Mathematics (FM) berbanding actuary. Capital market ini melingkupi pekerjaan di Investment Banking, Stockbroking Company dan Financial and Wealth Management (mutual fund). Pekerjaan di bidang ini adalah dibawah seliaan Securities Commission (SC) yang kebiasaannya memerlukan anda menduduki peperiksaan dibawah seliaan mereka, sedangkan bank dan industri insurans pula adalah di bawah pantauan Bank Negara. Antara subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang ini ialah subjek-subjek yang diajar Madam Karmila (contoh Financial Management, Financial Risk Management, Investment Portfolio). Maksudnya, secara umumnya sekiranya anda suka belajar subjek-subjek tersebut kenapa tidak anda bekerja dalam bidang ini. Namun, bekerja dalam bidang ini biasanya dikaitkan dengan stress dan masa kerja yang panjang kerana kerja yang sangat banyak, namun masih sangat mendapat perhatian kerana gaji yang tinggi sebagai imbalan kepada kerja tersebut. Selain itu, antara department yang menarik ialah di bahagian corporate finance (bahagian yang uruskan IPO, investment analysis NPV,IRR dll, capital structure, capital budgeting etc). Peluang pekerjaan lain ialah sebagai equities analyst (company analysis, industry analysis etc), dealer representatives, investment advisor, financial planner, dan compliance officer. Antara yang merketable juga ialah compliance officer kerana bilangannya yang agak sedikit di Malaysia. Itulah antara pekerjaan di Investment Banking dan stockbroking company. Selain itu, untuk berjaya dalam bidang investment, antara exam yang bagus untuk diambil ialah CFA (chartered financial analyst). Umumnya, CFA mempersiapkan anda untuk menjadi seorang analyst sehinggalah menjadi seorang Fund Manager.

4) Bidang OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Kalau tak silap, OSHA ni sangatlah market kerana bilangan specialist dalam bidang ini sangat terhad. Ianya juga ada peperiksaan yang tersendiri dan anda boleh buat carian sendiri di google sekiranya berminat.

Peluang pekerjaan
Menurut nasihat seorang senior, anda hendaklah memulakan langkah mencari kerja seawal anda masih sedang menjalani latihan praktikal lagi sekiranya anda ingin memulakan kerja seawal tamat praktikal.Mungkin dalam 2 bulan sebelum tamat, anda sudah boleh mula membuat carian kerja kosong di jobstreet mahupun laman-laman web syarikat-syarikat yang berkaitan.

Selain itu, antara peluang yang terbuka luas ialah:
1) Menjadi dealer representative melalui program GRP1000. Ianya adalah suatu inisiatif kerajaan dan program ini berjalan selama 3 tahun untuk merekrut tenaga kerja profesional dalam capital market. Butiran lanjut boleh anda dapati di laman web www.grp1000.com.my
2) Selain itu, anda juga berpeluang untuk bekerja di dalam financial industry (banking and insurance) menerusi FSTEP. Maklumat lanjut boleh dapati di www.fstep.org.my. Pengambilan biasanya adalah sebanyak dua kali setahun.
3) Skim Felo Siswazah USIM. Ini adalah skim untuk memberi peluang kepada pelajar USIM untukk menyambung pelajaran di peringkat post-graduate. Antara syarat penting skim ini ialah calon dikehendaki untuk menamatkan pengajian sehingga ke peringkat PhD seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di USIM. Saya lihat ini adalah sangat bagus untuk kita meningkatkan bilangan pensyarah ASRM di USIM yang melalui proses PnP mengikut acuan dan budaya USIM sendiri.
4) Management trainee. Kebanyakan bank-bank termasuklah investment bank ada program management trainee yang mana akan melatih peserta untuk menjadi future management level employee di syarikat masing-masing.

Hukum kerja di bank konvensional
Antara dilema lain yang akan dihadapi lepasan USIM ialah tentang status hukum bekerja di bank ataupun syarikat yang mengamalkan sistem konvensional. Terdapat beberapa perbincangan ulama temporari tentang hukum tersebut dan salah satunya anda boleh rujuk di laman web Ustaz Zaharuddin Ab Rahman. http://zaharuddin.net/kerjaya/240-hukum-kerja-di-bank-a-insuran-konvensional.html

Penutup
Kesimpulannya, tulisan ini hanyalah sekadar perkongsian ringkas hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Anda boleh buat carian sendiri untuk mendapatkan lebih info berkenaan haluan kerjaya, dan saya yakin senior lain juga mempunyai lebih banyak info tentang peluang-peluang lain, tetapi tidak ada platform untuk berkongsi. Akhirnya, walau apapun kerja dan karier kita, jadikanlah ia satu peluang untuk kita berbakti kepada masyarakat dan ummah. Insyaallah.

p/s: Sebarang respon boleh diemelkan kepada saya di ar.azimfaris@yahoo.com

Yang benar,
Azim Faris Bin Ab Rahim

Wednesday, 8 February 2017

Unit trust VS ETF : Tips untuk shortlist unit trust yang bagus

Perbezaan utama unit trust fund dengan ETF ialah stail pelaburan.

Stail unit trust ialah pelaburan aktif. Pengurus dana cuba untuk memberikan pulangan pelaburan melebihi pulangan pasaran dengan membeli saham yang undervalued dan menjual saham yang overvalued.

Pulangan pasaran (market return) biasanya diukur mengikut benchmark yang ditetapkan. Biasanya, dana ekuiti konvensional menggunakan FBMKLCI sebagai benchmark manakala dana ekuiti islamic menggunakan FBM EMAS Syariah Indeks.

Stail ETF pula ialah pelaburan pasif ataupun indexing. Dengan indexing, bukanlah tugas pengurus dana untuk memberikan pulangan pelaburan melebihi pulangan pasaran, sebaliknya memberikan pulangan mengikut prestasi pasaran itu sendiri. Kalau pasaran saham jatuh, negatiflah pulangan yang diberikan kepada pelabur. Kalau pasaran saham naik, positiflah.

Ini dilakukan oleh pengurus dana dengan membeli saham yang termasuk dalam komponen indeks sahaja, sekaligus menjimatkan kos yang berkaitan (contoh:kos mengupah analyst mencari saham yang undervalued).

Selain itu, transaksi jual beli saham juga berkurangan kerana semakan komponen indeks dilakukan secara berkala sahaja, biasanya dua kali setahun. Selagi syarikat itu tidak digugurkan daripada komponen indeks dan ditukarkan dengan syarikat lain, maka tiada keperluan untuk pengurus dana melakukan transaksi dan ini juga menjimatkan kos brokeraj.

TIP PENTING MEMILIH UNIT TRUST: PILIH DANA YANG SENTIASA MEMBERIKAN PULANGAN MELEBIHI BENCHMARK

Dengan memilih untuk melabur dalam unit trust, anda sebenarnya inginkan pulangan yang melebihi market return. Oleh itu, jika anda ingin melabur dalam unit trust, pastikan dana itu sentiasa memberikan pulangan melebihi benchmark nya.

Ini dapat disemak melalui prospektus unit trust masing-masing (contoh seperti dalam gambar). Adalah lebih baik jika anda melabur dalam ETF dan mendapatkan market return berbanding melabur dalam unit trust yang memberikan pulangan di bawah market return.


Tuesday, 23 August 2016

Ingin melakukan ibadah korban tapi tak mampu, ini caranya

Pada asalnya, hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi muslim yang telah aqil baligh dan berkemampuan untuk melakukannya.

Namun begitu, ada segelintir dalam masyarakat kita hari ini yang dengan sengaja meninggalkan ibadah korban ini walaupun berkemampuan. Mereka hendaklah sedar bahawa sekiranya Rasulullah S.A.W masih hidup, sudah tentu rasulullah akan menegur mereka supaya melakukan ibadah korban, sepertimana ancaman atau teguran rasulullah kepada para sahabat dulu.

Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: " Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami." [HR Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah].

Lebih-lebih lagi dalam kehidupan moden hari ini yang mana manusia sering memenuhi keinginan nafsu mereka, "kemampuan" ini sudah menjadi sesuatu yang relatif kepada gaya hidup seseorang.

Boleh jadi seseorang yang merasakan dirinya tidak mampu untuk berkorban, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang berkemampuan disisi syara', gara-gara gaya hidup dan perbelanjaannya yang tidak cermat.

Boleh jadi juga kerana gaya hidupnya yang selalu berbelanja melebihi pendapatan mereka, ianya dijadikan alasan sebagai "ketidakmampuan" mereka untuk berkorban.

Saya tertarik dengan idea Pakdi berkenaan dengan kayu ukur "kemampuan" berkorban. Menurut beliau, golongan yang berkemampuan untuk berkorban termasuklah:

  • Orang yang melanggan Astro di rumah
  • Orang yang mempunyai komitmen ansuran kereta
  • Orang yang mampu pergi bercuti
  • Orang yang melabur dalam saham, hartanah, emas dan seumpamanya
Menurut beliau, golongan-golongan seperti ini sebenarnya diuji oleh Allah samada mereka ikhlas ingin korbankan sedikit daripada harta mereka dan keinginan nafsu mereka semata-mata ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Pada tahun 2016 ini, harga untuk melakukan korban adalah sekitar RM500-RM700 bergantung kepada tempat dan jenis korban. Bagi golongan ini yang merasakan dirinya betul-betul tidak mampu untuk membelanjakan duit sebanyak itu untuk korban, ada 2 opsyen untuk melakukan ibadah korban pada harga yang lebih murah:
  • Melakukan korban di negara luar yang lebih memerlukan seperti di Kemboja. Menerusi pakej korban yang dilakukan oleh eQurban, harga korban di Kemboja ialah RM350 sahaja.
  • Berkongsi satu bahagian korban yang berharga RM600 dengan 2-3 orang adik beradik yang lain, dan niatkan pahala untuk seisi keluarga yang lainnya (Mufti Wilayah Persekutuan).
p/s: Bagi yang sangat berkemampuan untuk melakukan ibadah korban, tingkatkan nilaian korban anda sebagai korban wajib. Korban menjadi wajib apabila anda ingin melakukan nazar ataupun telah mewajibkan ke atas diri anda untuk berkorban. Korban wajib sudah tentu pahalanya lebih besar dari korban sunat, apatah lagi kerana daging korban wajib ini hendaklah diagihkan kesemuanya dan haram dimakan oleh orang yang berkorban itu sendiri. Cara yang terbaik untuk melakukan korban wajib ini ialah dengan melakukan korban di Kemboja menerusi eQurban, apatah lagi mereka di sana sangat berhajat kepada daging kerana hanya berpeluang untuk memakan daging setahun sekali sahaja iaitu apabila raya Haji.

Wallahu aklam.

Sumber:
1) golongan yang sebenarnya mampu untuk berkorban (Pakdi)- www.pakdi.net/sekiranya-mampu-bayar-duit-kereta-maka-sembelihlah-lembu-atau-kambing/
2) keharusan berkongsi satu bahagian korban (Mufti Wilayah Persekutuan)- muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/al-kafili-al-fatawi/1114-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban
3) sekitar hukum dan hikmah berkorban (Dr Abu Anas Madani) -http://www.abuanasmadani.com/1720/


Monday, 22 August 2016

Laporan terkini prestasi Kenanga Syariah Growth Fund

Berikut adalah beberapa pemerhatian penting daripada prospektus tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) setakat 31 Mei 2016:

1) Dalam tempoh setahun bermula 31 May 2015 hingga 31 May 2016, KSGF mencatatkan kerugian sebanyak -0.47%. Walaupun begitu, prestasi KSGF boleh diterima memandangkan pasaran saham secara keseluruhannya adalah sedikit menurun, sepertimana diwakili oleh benchmark FBM Syariah Index (FBMS) yang mengalami penurunan sebanyak -5.2%. Begitu juga dalam setiap tahun dalam 5 tahun terakhir, KSGF mencatatkan pulangan yang lebih baik daripada FBMS. Ini menunjukkan pengurus dana KSGF telah berjaya untuk mendapatkan pulangan pelaburan lebih baik daripada pasaran keseluruhannya manakala para pelabur boleh meneruskan pelaburan mereka dalam KSGF walaupun mencatatkan sedikit kerugian.



2) Pengurus dana telah mengurangkan peratusan pegangan dalam pelaburan saham iaitu daripada 80.1% kepada 74.4% daripada keseluruhan modal pelabur dengan menjual saham-saham untuk mengambil keuntungan dan kemudiannya menunggu peluang untuk masuk kembali apabila pasaran menunjukkan tanda-tanda pemulihan.


3) Hasil jualan saham tersebut, pengurus dana telah mengumumkan agihan sebanyak 10.11 seunit walaupun pulangan KSGF adalah negatif. Hampir keseluruhan agihan yang diumumkan telah dilaburkan kembali ke dalam KSGF dan akan dilaburkan kembali dalam pasaran saham.



4) Semakin ramai pelabur runcit yang mula melabur ke dalam KSGF walaupun ianya mencatatkan kerugian. Hal ini didorong oleh prestasi dana yang memberangsangkan dan stabil dalam 10 tahun terakhir sehingga memenangi anugerah oleh FSM baru-baru ini. Ini seterusnya telah membesarkan lagi dana modal KSGF kepada RM240 juta. Lebih menarik, walaupun keadaan ekonomi negara dikatakan agak perlahan, para pelabur masih terus mengamalkan kewangan berdisiplin dan berjaya untuk terus menyimpan wang walaupun dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meninggi. 




5) Manager’s fee yang dikenakan masih lagi pada maksimum 1.5% seperti yang dibenarkan dalam Klaus 13.1. Oleh kerana modal dana semakin besar hasil suntikan pelabur baru, yuran pengurus juga melonjak kepada RM2.8 juta, pertambahan sebanyak RM1 juta yang seterusnya mengurangkan keuntungan langsung KSGF.




6. Pengurus dana mengurangkan jual beli saham berbanding tahun sebelumnya dan agak pasif dikala pasaran saham yang tidak menentu. Ini boleh dibaca daripada ratio PTR seperti di dalam gambar. Dengan mengurangkan aktiviti jual beli saham, pengurus dana boleh mengurangkan kemungkinan melakukan kesilapan dalam memilih saham dan cuba "timing" market.

Wednesday, 27 July 2016

Panduan Menyertai Investment-linked Takaful

1. Ketahui berapa banyakkah dari jumlah sumbangan bulanan anda yang dikhususkan untuk simpanan. Salah faham yang ketara dalam kalangan peserta takaful ialah menganggap keseluruhan sumbangan itu sebagai simpanan peserta, sedangkan sebahagian besar darinya telahpun disumbangkan ke dalam tabung risiko (dikenali sebagai caj tabarru’)
2. Fahami apa itu cash value polisi anda. Cash value ialah simpanan yang menjadi milik peserta yang berhak dikeluarkan pada bila-bila masa. Ianya adalah jumlah nilai sumbangan yang dibayar selepas ditolak caj perkhidmatan kepada syarikat pengendali takaful, caj tabarru’ ke dalam tabung risiko dan lain-lain caj. Caj-caj ini biasanya adalah tetap melainkan caj tabarru’ yang biasanya akan meningkat selaras dengan meningkatnya usia peserta. Oleh itu, selagi jumlah keseluruhan caj-caj ini (termasuk caj tabarru’ yang meningkat) ini tidak melebihi jumlah bayaran bulanan anda, nilai cash value polisi anda sepatutnya semakin bertambah dari tahun ke tahun, bergantung kepada hasil pulangan pelaburan yang dijana oleh operator syarikat takaful bagi pihak anda.
3. Pastikan anda tidak "miss" bayaran bulanan anda kerana apabila anda "miss" bayaran bulanan anda, cash value polisi anda akan digunakan sebagai ganti kepada bayaran bulanan untuk memastikan polisi anda kekal aktif, namun menyebabkan cash value polisi anda akan berkurang dengan cepat.
4. Fahami bahawa investment-linked takaful adalah suatu komitmen kewangan jangka panjang iaitu tidak sepatutnya kurang dari 6 tahun. Hal Ini adalah kerana kos pengurusan operator takaful untuk polisi baru adalah paling tinggi dalam tempoh 6 tahun pertama iaitu meliputi kos agihan ataupun komisyen yang dibayar kepada ejen. Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan untuk menukar polisi lama anda dengan polisi yang baru tanpa ada keperluan (p/s: Menjadi suatu kewajipan bagi seorang muslim untuk menukarkan produk konvensional dengan produk yang patuh syariah)
5. Ketahui bahawa manfaat asas bagi kebanyakan produk investment-linked takaful ialah manfaat kematian dan TPD. Manfaat lain seperti penyakit kritikal, kad perubatan dan waiver adalah manfaat tambahan (rider). Harus diingat semakin banyak rider yang diambil maka semakin banyaklah caj tabarru’ yang dikenakan dan semakin kuranglah cash value anda. Namun begitu, ketiga-tiga rider yang disebutkan di atas adalah penting dan sepatutnya menjadi keutamaan berbanding rider-rider yang lain, mengikut keperluan anda.
6. Ketahui bahawa diantara kesemua manfaat yang dipilih (asas dan tambahan), hanya manfaat kematian yang sudah pasti boleh dituntut kerana risiko untuk menghidapi penyakit kritikal dan menanggung kos perubatan yang semakin mahal itu hanyalah kemungkinan sahaja sedangkan kematian itu suatu yang pasti. Maka, manfaat asas (kematian dan TPD) itu haruslah dimaksimakan untuk melindungi ahli keluarga dan tanggungan anda daripada jatuh miskin!

Untuk dapatkan khidmat nasihat/quotation takaful (saya ejen Takaful Malaysia) secara percuma, boleh tinggalkan komen atau isi borang ini http://goo.gl/forms/YRHe2tyD5CYp3X8F3)
Apakah kelebihan untuk menyertai investment-linked takaful di Takaful Malaysia melalui saya?
1. Anda akan diberikan penjelasan tentang pecahan jumlah sumbangan yang diberikan bagi setiap manfaat yang diambil, iaitu berapa banyakkah dari bayaran bulanan anda akan digunakan untuk manfaat asas dan manfaat rider dan berapa pula dikhususkan untuk simpanan
2. Anda akan diberikan jangkaan cash value polisi anda dalam tahun-tahun akan datang, bergantung kepada jangkaan hasil pelaburan.
3. Anda akan diberikan jangkaan caj tabarru’ yang meningkat pada tahun-tahun mendatang supaya anda dapat mengetahui berapa banyak yang sumbangan yang anda beri kepada ahli-ahli lain yang membuat tuntutan.
4. Anda akan diberitahu berapa banyak kos agihan yang ditolak daripada bayaran sumbangan anda sebagai komisyen dan overriding komisyen kepada ejen-ejen dalam 6 tahun pertama polisi anda aktif.
Sekian.

Wednesday, 13 January 2016

Catatan Kursus Penulisan Kritis bersama Tuan Hasbie Muda

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri Kursus Penulisan Kritis yang dikelola oleh Tuan Hasbie Muda. Di sana, beliau menceritakan sendiri pengalaman beliau dalam menghasilkan buku beliau dan bagaimana kali pertama tercetusnya idea untuk menghasilkan buku.

Kreatif vs Kritis

Kursus tersebut dimulakan dengan penjelasan mengapa beliau menamakan seminar beliau sebagai penulisan kritis berbanding memilih untuk bercerita mengenai penulisan kreatif. Sebagai perbandingan, penulisan kreatif adalah berupa penulisan-penulisan kesasteraan seperti puisi, syair, sajak, pantun dan sebagainya, manakala penulisan kritis pula merupakan penulisan yang lebih berat dan kritikal.

Penulisan kritis itu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ianya mestilah berdasarkan fakta yang tepat dan ianya adalah hasil analisis yang kritis oleh penulis terhadap fakta tersebut. Dengan membaca isi buku Kemenangan Yang Tertangguh hasil tulisan beliau sendiri, secara tidak langsung dapat difahami bagaimana penulisan kritis itu berbeza dengan penulisan kreatif.

Penulisan kritis juga termasuklah penulisan berkenaan penemuan baru seperti yang dihasilkan oleh para graduan di university di mana mereka mengambil sikap kritikal pada hasil penemuan tersebut. Beliau ada menyebutkan, sebagai contoh kepada penemuan baru ini ialah isu yang timbul tidak berapa lama dulu iaitu isu sama ada Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan ataupun tidak. Melalui hasil penemuan tersendiri, penulis yang kritis akan cuba untuk mencabar fakta yang sedia ada diterima umum sebagai sebaliknya.

Walaubagaimanapun, sesuatu penulisan itu tidak hanya terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu sama ada kreatif atau kritis sahaja, tetapi juga boleh tergabung dalam kedua-dua bentuk. Sebagai contoh karya-karya Pak Latif Talib yang cuba menceritakan fakta sejarah (kritis) secara kreatif. Namun, tidak saya katakan bahawa penulisan sebegitu bagus kerana telahpun saya fahami bahawa tulisan begini agak berbahaya kepada umum kerana pada akhirnya ianya boleh menokok tambah kepada fakta sejarah itu sendiri.

Penulisan kritis membentuk pemikiran masyarakat
Antara tujuan kepada penulisan kritis pula ialah ianya bertujuan untuk menetapkan sikap masyarakat terhadap sesuatu topik. Di sinilah pentingnya akan keperluan hadirnya penulis-penulis Islamis kerana idea-idea yang akan dibawakannya akan hidup dan dibawa bersama oleh arus pemikiran masyarakat. Sekiranya banyak pandangan akan sesuatu topic yang dipersembahkan kepada masyarakat adalah hasil pemikiran yang songsang, maka begitulah masyarakat akan dipengaruhi oleh idea-idea songsang itu.

Selain itu, penulisan yang kritis juga berguna untuk memperkenalkan dan mempromosikan idea baru. Dengan menggunakan media sosial sebagai medium penulisan baharu, idea-idea ini lebih senang untuk dipromosikan. Sebagai contoh baru-baru ini media sosial digunakan oleh begitu ramai penulis aktivis untuk membawa idea anti-vaksin. Sekiranya kurangnya aktivis pro-vaksin hadir untuk menangkis dan mencabar idea itu melalui penulisan-penulisan, maka kita akan lihat bagaimana akhirnya masyarakat mengambil sikap untuk condong kepada idea anti-vaksin juga.

Genre buku di pasaran
Buku-buku yang dijual di pasaran datang dalam tiga genre iaitu buku popular, buku akademik dan buku semi akademik. Biasanya, buku popular ini ialah buku bestseller yang sangat laku di pasaran. Walaupun begitu, buku-buku popular ini biasanya lebih beremosi dan bias mengikut sudut pandang penulis menjadikan ianya sukar untuk dijadikan rujukan dalam dewan kuliah. Tajuk buku pula lebih catchy,isinya berkait dengan peristiwa semasa, tidak mempunyai rujukan dan biasanya lebih berdasarkan pengalaman peribadi.

Sebaliknya, buku yang boleh dijadikan rujukan dalam dewan kuliah ialah buku-buku akademik iaitu penulisan hasil kajian yang mendalam tentang sesuatu isu. Contohnya ialah buku-buku hasil adaptasi daripada tesis kajian graduan di university. Namun kerana ianya agak berat, maka ianya lebih susah untuk dijual di pasaran.

Di antara buku popular dan buku akademik, maka datangnya satu lagi genre buku di pertengahannya iaitu buku semi akademik, yang mempunyai kelebihan berupa isi yang ilmiah tetapi lebih senang untuk dijual di pasaran. Buku semi akademik ini biasanya mempunyai tajuk yang menarik tetapi tidaklah keterlaluan, mempunyai summber rujukan tetapi tidak lengkap dan isinya mungkin neutral dan mungkin juga bias.

Tips penulisan buku

1. Banyakkan membaca.
  •          Apabila ditanya kepada Pak Samad, Sasterawan Negara berkenaan bagaimana beliau menulis, jawapan beliau ialah “Baca, baca dan baca, kemudian menulis”

2. Membaca secara pantas (“Speed reading”)
  • Tujuan: Ini adalah skil yang kritikal dalam usaha menambah sumber rujukan dalam hasil karya kita
  • Langkah:
-          Pertama, kita kena tahu dan faham apa tujuan buku tersebut. Sebagai permulaan ianya boleh didapati dari ringkasan di belakang buku dan juga dan memerhati bahagian Isi kandungan buku.
-          Kedua, tidak perlu untuk habiskan keseluruhan buku tersebut, memadai dengan pergi terus kepada muka surat dan isi yang dikehendaki dari buku tersebut
-     Dua langkah ini sahaja sudah cukup untuk kita letakkan buku tersebut dalam rujukan buku yang kita hasilkan

3. Kenali latar belakang dan kepakaran penulis buku
  • Tujuan: Ini adalah untuk memastikan rujukan yang diberikan adalah berautoriti dan berpengaruh
  • Salah satu caranya adalah dengan menyemak CV penulis di Google, termasuklah boleh didapati CV para pensyarah di laman web university masing-masing, contohnya UM Expert

4. Tulis sesuatu topic yang sedang hangat di arus perdana (trending)
  • Tujuan: Untuk mudah dijual di pasaran
  • Biasanya isu yang hangat di media massa perlukan kepada solusi dan panduan, maka disitu wujudnya permintaan kepada buku-buku kritikal. Contoh yang paling relevan ialah terbitnya buku Kemenangan Yang Tertangguh dalam masa yang pendek sejurus sahaja PRU13.

Sunday, 27 September 2015

Persiapan percutian bajet ke Perth

Hari ini dah masuk 28 September, bermakna dalam tempoh sebulan lagi kami bertiga akan ke Perth, Australia selama 4 hari 4 malam.

Sejujurnya, persiapan kami setakat ini amatlah kurang walaupun telah menempah tiket sudah lama.

Setakat ini, apa yang kami telah lakukan adalah menempah tiket penerbangan dan selesai membuat visa ke Australia. Itu sahaja. Hotel belum tempah, itinerary pun belum tentukan untuk ke mana.

Untuk tiket penerbangan, tiket yang kami tempah pada 23 Mac lalu cukup murah, harganya adalah RM347 sahaja untuk penerbangan pergi dan balik seorang, merangkumi harga tiket sebanyak RM26 manakala selebihnya adalah untuk airport tax dan lain-lain, tidak termasuk harga bagasi yang belum kami tempah.

Untuk visa pula, kami baru sahaja buat bayaran melalui laman web easyeta.com iaitu sebanyak 12 SG dollar seorang dan ianya masih dalam proses pengesahan oleh pihak imigresen Australia dan masih lagi belum mendapat pengesahan.

Bersambung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts